TERKINI
- Sedia terus berlawan dan Zahid yang sombong
- Adam Adli ditahan, ini kata ayahnya…
- Drama air mata di wad ICU...
- Hadiah untuk rakyat: BN menang, GST pun dilaksanakan!
- GST: Rakyat menangkan BN merasai sekarang
- Kenyataan Saifuddin sahkan BN tidak demokratik
- PAS Selangor kemuka 4 calon exco negeri
- Mesyuarat kabinet Najib langgar perlembangaan?
- Alkisah seorang pengutip sampah...
- Pasca PRU13: Ramai gila bahasa, buat lawak ngeri
ADVERTORIAL
Abdul Aziz Mustafa
Sabtu, 18 Mei 2013
KUALA LUMPU: Khalid menyifatkan kenyataan Saifuddin Abdullah bahawa BN kalah di kawasan pengundi yang mengutamakan demokrasi mengesahkan bahawa parti tersebut tidak demokratik.
TERBAIK DARI BLOG
- Adam Adli ditahan, ini kata ayahnya…
- Drama air mata di wad ICU...
- Hadiah untuk rakyat: BN menang, GST pun dilaksanakan!
- Jais sahkan pelakon kena tangkap khalwat
- Petua mudah jadi timbalan menteri bawah Najib
- Kabinet Najib, malang untuk Selangor, Johor
- Putus sudah kasih sayang
- Gambar ribuan rakyat hadir himpunan Blackout 505 di Ulu Tiram, Johor
TINJAUAN@HARAKAH
VIDEO
![]() |
|
|
- | ![]() |
|
- |
![]() |
![]() |
| |
![]() |
|
- | ![]() |
|
- |
![]() |
| Arkib video >-- |
![]() |
BERITA
Pemuda PAS tawar 7 agenda anak muda
Written by Salmiyah Harun 17 Feb 2013
![]()
KUALA LUMPUR: Nasrudin berkata, tujuan mereka kemukakan tujuh agenda itu kerana anak muda hari ini sedang berdepan masalah yang cukup menghantui mereka termasuklah keupayaan untuk memiliki rumah.

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan Tujuh Agenda Anak Muda Berkebajikan demi kebajikan dan kesejahteraan mereka di masa akan datang.
Tujuh agenda tersebut sebahagiannya diambil dari dokumen Negara Berkebajikan PAS.
Agenda tersebut adalah, pendapatan boleh guna, keupayaan sara hidup, keusahawanan belia, pendidikan berkebajikan, rumah mampu milik, capaian pengangkutan dan kesejahteraan hidup.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, tujuan mereka kemukakan tujuh agenda itu kerana anak muda pada hari ini sedang berdepan dengan masalah yang cukup menghantui mereka termasuklah keupayaan untuk memiliki rumah.
"Hari ini anak muda tidak dapat memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang terlalu mahal.
"Begitu juga dalam hal kenderaan seperti kereta, anak muda tidak berjaya untuk memiliki kerana pelbagai cukai dikenakan sehingga harga kereta melambung tinggi," katanya.
Oleh sebab itulah, katanya PAS akan melaksanakan tujuh agenda ini sekiranya diberikan mandat selepas pilihan raya nanti.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan di hadapan pusat membeli belah Sogo, jam 3.30 petang tadi dan berakhir sejam kemudian. (Gambar atas)
Sekitar 200 orang ramai termasuk anak muda membanjiri perkarangan Sogo bagi mendengar tawaran agenda tersebut yang disampaikan oleh Nasrudin.
Turut mencuri tumpuan ramai Pemuda PAS menyajikan persembahan nyayian oleh Man John bersama Zainal Abidin Ayub.
Di kesempatan itu juga, Pemuda PAS turut mempelawa pemuzik jalanan bersama-samanya yang kebetulan sedang membuat persembahan di situ.
Beberapa pimpinan termasuk Timbalan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz dan exconya turut mengedar risalah berkenaan kepada orang ramai di sekitar pusat membeli belah itu.
Nasruddin berharap anak muda dapat menghayati tujuh agenda ini sebagai usaha PAS untuk merelisasikan Negara Berkebajikan.
"Anak muda boleh menghayati tawaran kita dengan detil dalam laman web kita selepas ini," katanya.




















