P Pinang pinda perlembagaan banteras lompat parti
| Mohd Sabri Said, | 02 Nov 2012 |
GEORGETOWN: Langkah Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri (Pindaan) 2012 untuk kembalikan intergeriti politik, kedaulatan demokrasi dan ketuanan rakyat.Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) ketika membaca cadangan pindaan tersebut mengharap pindaan itu dapat membenteras budaya kurang sihat dan tidak beretika melompat dari satu parti ke satu parti demi habuan politik.
Kelulusan itu merupakan detik bersejarah katanya, bagi negeri ini untuk menghalang kejadian sepertimana kerajaan negeri ditumbangkan oleh Kerajaan Pusat menerusi cara yang tidak demokratik atau kata lain pembelotan ahli politik.
"Pertukaran kerajaan itu ekoran terdapatnya wakil rakyat diperdagangkan untuk mengkhianati parti malahan rakyat yang telah memilih mereka sebagai Adun yang sah pada pilihanraya umum, " jelasnya pada mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri yang bermula 1 - 9 November ini.
Tegas Lim yang yang juga Adun Air Putih, Balik Pulau, dalam sejarah Malaysia telah berlaku tiga negeri iaitu di Sarawak tahun 1966, Sabah tahun 1994 dan terbaru di Perak tahun 2009.
Amalan wakil rakyat yang tidak berkewibawaan atau tiada kredibiliti sebagai pemimpin harus ditolak demi menjaga maruah sesebuah kerajaan yang dibina atas kemenangan rakyat.
Menurut Lim, pindaan Perlembagaan itu digubal dengan kerjasama dan sokongan penuh ketiga parti dalam gabungan Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS berdasarkan tiga prinsip.
Pertamanya, Pakatan Rakyat percaya kedaulatan rakyat di bawah sistem demokrasi berparlimen di mana rakayat berhak untuk memilih atau menolak sesebuah kerajaan melalui pilihanraya yang bebas dan adil. Bukan ditentukan oleh kroni yang melayangkan wang ringgit.
Kedua memang tidak dinafikan hak berpesatuan atau politik begitu penting tetapi biarlah berhemah dengan mengosongkan kerusi jika berlaku lompat parti.
Bila kosong barulah diadakan pilihanraya semula untuk memilih pengantinya bukan tetap di kerusi tersebut walhal rakyatlah yang menjadi penentunya.
Ketiganya percaya akauntebiliti di mana ahli kerajaan dan perundangan bertanggungjawab kepada pengundi.
Jika berlaku lompat parti pengundilah yang berhak menentukanya kerana dengan cara itu dapatlah rakyat memilih seorang Wakil Rakyat yang jujur dan berperinsip.
Menurut Lim lagi, dasar untuk membenterasn budaya lompat parti telah ditentang keras oleh segolongan yang mahukan keadaan terus berlaku tanpa ditentukan oleh rakyat sepertimana yang dikehendaki oleh pindaan terbaru.
Perkara baru yang dimasukkan adalah perkara 14A bertajuk 'pertukaran parti politik seorang ahli'
selepas perkara 14.
Fasal (1) perkara baru itu memperuntukan seorang ahli dewan hendaklah mengosongkan kerusinya sekiran mengosong atau dilucutkan keahlian atau berhenti jadi ahli politik.
Sebaliknya ahli yang dipilih sebagai calon bebas hendaklah mengosongkan kerusinya.
Sekiranya berlaku pertukaran ahli politik seperti yang diperuntukan fasal (1) maka kerusi ahli itu dianggap kosong secara automatik.
Dan Yang DiPertua Dewan hendaklah memberitahu Suruhanjaya Pilihanraya mengikut fasal 4.
