Begitulah hebatnya pemimpin PR berbanding pemimpin BN. Itu baru sehari, kalau Adnan Mansur tunggu jugak memang penat la dia nak tempuh lagi 22 hari sebelum mengundi .
TheMalaysianInsider pada Selasa melaporkan:
KUALA LUMPUR, 9 April — Pakatan Rakyat (PR) mula menggerakkan jentera mereka untuk merobohkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) apabila PAS hari ini mengesahkan Datuk Husam Musa akan bertanding menentang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur di kerusi Parlimen Putrajaya.

Pengumuman yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS sebentar tadi menyaksikan keyakinan PR semakin menebal untuk menawan kubu BN apabila meletakkan naib presiden mereka di bandar kerajaan itu.

"Saya mengumumkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan bertanding di Putrajaya," kata Abdul Hadi pada sidang media hari ini. - TMI.
Mengulas keputusan tu Husam Harakahdaily melaporkan:
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa tidak gentar untuk bertanding di kerusi parlimen Putrajaya walaupun ramai yang menjangkakan kerusi itu akan 'mematikan' beliau.

Husam ketika memberi ucapan sebaik sahaja diumumkan sebagai calon di Putrajaya mengakui kerusi yang diamanahkan itu sukar untuk dimenangi, namun baginya ia dilihat satu cabaran yang besar dan perlu digalasnya dengan bijak. - Hrkh.

Penyandang kerusi tu Adnan Mansor pula mengulas macam yang dilaporkan TheMalaysianInsider:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak gentar dengan pengumuman PAS akan meletakkan Naib Presiden mereka, Datuk Husam Musa (gambar) di kerusi Parlimen Putrajaya kerana beliau tidak akan mendapat sokongan di sana.

“Apa yang boleh saya katakan adalah saya akan mempertahankan Putrajaya,” kata Tengku Adnan yang dikenali sebagai Ku Nan kepada The Malaysian Insider melaalui khidmat pesanan ringkas di sini. - TMI.

Itu cerita kelmarin, semalam bertiup kencang khabar angin kata Adnan Mansor tak mau dicalonkan semula di kerusi tu atas sebab nak tumpukan kepada perniagaan dan jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan BN.

Mengulas khabar angin tu Husam dilaporkan berkata:
"Saya tak jangka Tengku Adnan akan lari tinggalkan Putrajaya, dia jeneral dan memberikan khidmat yang baik sebelum ini.

"Jika beliau tidak bertanding di situ, beliau akan dianggap 'chicken out' (penakut) oleh lawannya," kata Husam dalam sidang media di Pusat Media PAS hari ini. - Hrkh.

Walaupun baru kelmarin Adnan Mansur kata akan pertahankan kerusi tu memang tak mustahil semalam dia ubah fikiran setelah dia sedar siapa dia berbanding Husam.

Dan semalam Husam memperlihatkan siapa dia melalui Surat Terbuka Untuk Datuk Seri Mustafa Muhamad Menteri Perdagangan Antarabangsa, Mustafa Muhamad. Dia tulis surat tu sebagai 'Calon PAS Putrajaya.

Aku yakin surat tu dia tulis sendiri dan boleh jadi semacam pengenalan siapa Husam Musa. Hangpa yag tak baca lagi boleh baca di Harakahdaily.

Berbanding dengan Adnan Mansor yang 5 tahun dulu dibelasah teruk pasai cadangan BANGANG dia supaya "melanjutkan masa berhibur di pusat-pusat hiburan sampai pukul 5.00 pagi". Satu cadangan yang bertentangan dengan konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh PakLah yang jadi Perdana Menteri masa tu.

Jauh sangat kut kalau nak bandingkan halatuju dan kefahaman ekonomi antara Husam dengan Adnan Mansor.

Begitulah hebatnya pemimpin PR berbanding pemimpin BN. Itu baru sehari, kalau Adnan Mansur tunggu jugak memang penat la dia nak tempuh lagi 22 hari sebelum mengundi.

Apapun, memang sesuai sangat PAS letakkan calon hebat macam Husam ni di Putrajaya. Kalau dia berjaya tawan Putrajaya takdak sebab untuk Husam tak dilantik jadi orang penting dalam kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti.

Kalau di Putrajaya pun Umno BN kalah tentu punya BN akan dapat kerusi kurang berbanding Pakatan Rakyat dan kerajaan bertukar tangan/.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Share on Myspace