[Video -CCTV] Menyamar perempuan untuk curi tabung surau

http://greenboc.blogspot.com | .


Walaupun rumah itu dinamakan rumah Allah, dan kita yakin Allah akan menjaga rumahnya, tetapi sebarang kejadian di dalam rumah itu tetap menjadi perhatian AJK masjid dan surau. Walaupun kita disuruh bertawakkal dalam semua perkara, usaha dan ikhtiar adalah sendi dalam bertawakkal.

Berbekalkan sepasang baju kurung, seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah menceroboh ke sebuah surau di bandar pinggiran subang shah alam selangor. Surau yang bernama surau Arrazi ini, tempat dimana para jemaah di sekeliling menunaikan solat jumaat mereka di sini. Kejadian yang cukup menggemparkan ini betul-betul membuka mata AJK surau di situ…

Video ini berjaya dirakamkan melalui CCTV yang baru dipasang di surau tersebut. Tarikh itu pun masih belum diubah lagi akan tetapi pencuri jelmaan wanita ni begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil duit sedekah orang ramai di situ... Mari kita lihat apa sebenarnya berlaku di situ.

Semoga menjadi pengajaran kpd semua AJK masjid dan surau di seluruh malaysia agar sentiasa mengawasi harta berda yang didermakan oleh orang ramai. Itu adalah amanah orang ramai kepada kita sebagai AJK masjid dan surau... Jangan dipersiakan amanah mereka. Kuncilah tabung-tabung itu seelok-eloknya.

-md daud yusri alhutan melintangi.

http://www.youtube.com/watch?v=yROMg5M3_7o&feature=player_embedded#!