hanya laman web ini
36 keluarga penduduk Kg Serai Wangi dan Desa Pengasih tunggu masa untuk rumah mereka dirobohkan. | | KDN rampas akhbar Harakah di empat negeri iaitu Kedah, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. | | Selepas Adam Adli, Tian Chua dan Haris Ibrahim pula ditangkap. | | Kes Sosilawati: 4 didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bunuh.

| Print |

Kedah terus hargai guru Quran, bidan kampung

http://www.kedahlanie.info, 02 Ogs 2012

Guru Quran dan Bidan kampung terus dihargai oleh Kjaan Negeri Kedah

BALING -  Seramai 115 Guru Al-Quran dan 191 Bidan Kampung dalam Daerah Baling menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri sempena majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar di Masjid Kampung Makbud, Charok Bemban, Kupang, di sini.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri amat menghargai setiap pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh Guru-Guru Al-Quran dan Bidan-Bidan Kampung di negeri ini.

“Sumbangan yang diberikan ini diharap dapat memberi semangat kepada mereka untuk menjalankan tugas dengan sebaiknya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada Guru-Guru Al-Quran dan Bidan-Bidan Kampung oleh Kerajaan Negeri dan Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK).


Menurutnya, penghormatan yang tinggi perlu diberikan kepada guru-guru agama kerana mereka banyak membantu dalam meningkatkan ilmu agama di negeri ini.

“Peranan guru-guru agama amat penting dalam mendidik masyarakat agar celik Al-Quran,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Baling, Abdul Shukor Abdul Ghani dalam ucapannya berkata, program ini merupakan program kali keempat yang diadakan di Daerah Baling sejak tahun 2009.

“Pada tahun 2009, program penyampaian sumbangan kepada Guru-Guru Al-Quran dan Bidan-Bidan Kampung diadakan di Dewan Tun Abdul Razak,” katanya.
Abdul Shukor menjelaskan, program itu diteruskan pada tahun 2010 di Masjid Kampung Panda, Mukim Bayu.

“Pada tahun 2011, program penyampaian sumbangan kepada Guru-Guru Al-Quran dan Bidan-Bidan Kampung diadakan di Kampung Gas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil,” ujarnya.

Tambahnya, Daerah Baling adalah Daerah yang paling ramai menerima sumbangan pada tahun ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, YB. Encik Johari Abdullah; ADUN Kuala Ketil, YB. Tuan Haji Md. Zuki Yusof dan Pengurus Besar YINK, Tuan Haji Abdul Rahman Ismail.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla