hanya laman web ini
Puluhan ribu membanjiri Padang Timur, Petaling Jaya bagi menyertai Himpunan Suara Rakyat 505. | | Tsunami tauke Cina sedang berlaku di Petronas, kata kaki tangan syarikat minyak nasional itu. | | PRU 13 saksikan muafakat Pakatan Rakyat yang terbaik, kata Anwar Ibrahim. | | Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail mendakwa gambar blackout adalah asli dan berlaku di Sek Keb Serdang di Saluran 3.

| Print |

Gempar: Babi 'mengamuk' di bandar Kuantan

http://pahangdaily.blogspot.com, 06 Jul 2012

Gempar: Orang Ramai Terkejut, "Babi Mengamuk" Dalam Pusat Bandar Kuantan Tengahari Semalam

KUANTAN, 6 Julai - Orang ramai kecoh dibuatnya apabila melihat kelibat "Babi Hutan" tiba-tiba mengamuk di pusat bandar ini tengahari semalam. Masing-masing terkejut kerana mana mungkin binatang terbabit boleh berkeliaran di dalam sebuah bandar yang merupakan ibu negeri pada waktu siang. Difahamkan, babi (khinzir) yang entah dari mana datangnya itu telah berkeliaran di sekitar Jalan Mahkota. Salah seorang saksi utama yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu, Kamarulzaman Mohamed Yunus (foto) berkata "Pada jam 12.15 saya menuju ke kereta berada di dataran Mahkota, sebaik menaiki kereta, saya nampak seekor babi hutan sedang melintasi Jalan Mahkota dan menuju ke ke kedai Hamid Bros, babi tersebut terus masuk ke dalam kedai dan memecahkan dinding cermin kedai seterunya bersembunyi di bawah meja dalam pejabat pusat pelancungan dalam kedai tersebut, selepas itu lebih kurang jam 12.35 babi tersebut berjaya dikeluarkan dari kedai dan terus pula menuju ke Masjid Negeri dan masuk ke dalam masjid, dihalau seorang India babi menuju ke kawasan pejabat lama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), dan terus menuju ke Mahkahmah besar, seterusnya menuju ke pasar". Kamarulzaman yang juga dikenali sebagai Pak Long turut menegaskan beliau amat hairan dengan kejadian ini. "Apakah peristiwa ini ada kaitan dengan pembaziran SUKMA atau kenyataan Mufti Pahang mengenai Himpunan Bersih, kemarahan rakyat mengenai kilang Lynas atau tanda awal mula kejatuhan UMNO BN di negeri ini (Pahang)", kata beliau. "Selama ini kita memang selalu menengar babi mengamuk di dalam kawasan kampung. Tapi, bila ia terjadi kepada bandar seperti Kuantan, ia sesuatu yang sungguh menakjubkan. Apatah lagi Kuantan kini sedang menyambut ketibaan tetamu-tetamu dari luar sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dirasmikan esok. Situasi ini amat memalukan dan tidak pernah berlaku di Kuantan sebelum ini", tambah beliau lagi.


Babi "mengamuk" sehingga memasuki ke dalam kedai agensi pelancongan


Orang ramai berpusu-pusu mahu menyaksikan babi di dalam kedai terbabit

Bukti, kaca bertaburan pecah akibat disondol oleh babi di dalam kedai terbabit

[Kejadian yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Di saat Pahang berbangga sebagai tuan rumah SUKMA yang akan dirasmikan esok, tiba-tiba binatang ini boleh pula berkeliaran di dalam bandar Kuantan di siang hari?. Apakah musibah yang melanda agaknya. Adakah babi itu mahu menggantikan "gajah" sebagai Maskot Sukan Malaysia kali ini agaknya. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) harus bertanggungjawab akal hal ini. Jika ia berlaku di kawasan luar bandar yang berhutan di malam hari, mungkin kita boleh menerimanya. Tapi, bila ia berlaku pada siang hari ia sungguh memusykilkan. Dari mana datang babi itu?. Bayangkan jika binantang berkenaan berjaya masuk ke dalam Masjid Negeri yang berhampiran, maka sudah pastilah lebih kecoh. Mujurlah ia berjaya dihalau oleh orang ramai. Apakah kejadian ini adalah kerana tindakan MPK mengadakan "Nite Zoo" setiap minggu, tapi apa yang berlaku konsert hiburan yang lebih diutamakan ketika acara itu dijalankan. Mungkin ini menyebabkan binatang-binatang jadi takut dan kecewa, lantaran membawa diri ke tengah bandar. Difahamkan, sebelum ini sudah beberapa kali binatang berkenaan berkeliaran di dalam bandar Kuantan, malah ada yang masuk ke dalam pasaraya hingga menakutkan orang ramai. Apapun, pasti ada satu musibah akan berlaku atas kejadian ini sebenarnya. Berhati-hatilah dan ambil ikhtibar di atas segala kejadian yang menakjubkan ini].

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla