Please update your Flash Player to view content.
hanya laman web ini
Pengerusi SPR tidak perlu menunggu titah Yang Dipertuan Agong untuk meletakkan jawatan. | | Kelantan akan meneruskan projek Lebuhraya Rakyat yang telah dirancang sebelum ini. | | Sultan Kelantan meminta kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak dengan baik.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.

Transformasi pendidikan secara berperingkat

Mohammad Syazwannuddin bin Shaharuddin,

Pada 11 September yang lepas, Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah melancarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Laporan ini adalah hasil dapatan daripada penyelidikan panel bebas dalam dan luar negara selain laporan universiti tempatan seperti UPM dan UKM. Hal ini juga adalah pertama kali kerajaan melakukan referendum iaitu siri dialog pendidikan nasional diadakan di seluruh negara untuk mendengar pandangan rakyat. Walaupun begitu, laporan masih lagi boleh diteliti oleh rakyat untuk diperbaiki pada masa akan datang.

Pelan ini adalah bersifat jangka panjang iaitu bermula dari tahun 2013 sehingga 2025. Terdapat tiga gelombang akan dilaksanakan dalam rangka merealisasi 11 anjakan utama yang diharapkan oleh Kementerian. Gelombang pertama dari 2013 hingga 2015 akan memberi tumpuan kepada guru. Gelombang ke-2 iaitu dari 2016 hingga 2020 akan menambah kualiti sistem dan gelombang terakhir dari 2021 hingga 2025 akan lahir urus tadbir kendiri di sekolah-sekolah.

Kementerian Pendidikan membuat tindakan tepat apabila mahukan supaya profesion guru ditukar menjadi profesion pilihan. Perkara ini dapat menggalakkan pelajar cemerlang sama ada peringkat sekolah mahupun universiti berminat menjadi guru. Hal ini supaya guru yang akan mendidik lebih bersemangat dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Selain itu, kepimpinan sekolah juga menjadi salah satu fokus utama kementerian untuk mengubah sekolah. Pemimpin sekolah perlulah orang yang dihormati sama ada dalam kalangan guru mahupun masyarakat. Pemimpin sekolah inilah yang akan membimbing kreativiti para guru dalam mengajar, bukan setakat menunggu arahan daripada pihak atas.

Namun, pelan ini masih lagi kurang memberi penekanan kepada falsafah pendidikan kebangsaan, Bahasa Melayu ataupun pendidikan Islam. Perkara ini perlu diberi penekanan serius sekiranya negara mahu mencapai perpaduan melalui pendidikan. Falsafah pendidikan memberi panduan kepada pendidik supaya pelajar yang lahir bukan sekadar robot menjawab soalan tetapi seorang manusia yang akan menjadi pewaris negara pada masa akan datang.

Bahasa Melayu membantu meningkatkan jati diri dalam setiap pelajar dan tidak terpengaruh dengan anasir luar. Selain itu, pelajar yang mantap jatidirinya mampu menyaring perkara yang buruk dari luar dan mengambil hanya yang bermanfaat. Perlu juga diingat bahawa banyaknya sekolah agama swasta adalah kerana ketidakpercayaan ibubapa terhadap pendidikan Islam yang diajar di sekolah kebangsaan yang hanya berfokus kepada peperiksaan, bukan implementasi. Perkara ini adalah sangat penting dalam melahirkan generasi yang baik akhlaknya dan mampu memimpin pada masa akan datang.

Mohammad Syazwannuddin bin Shaharuddin
Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)


PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla