Salam Idulfitri 1433H
| Maaf Zahir Batin, | 18 Ogs 2012 |
Makluman: Harakahdaily memberi peluang kepada warga Malaysia yang menuntut, bertugas dan menetap di luar negara untuk menyampaikan ucapan sempena Ramadhan dan Idulfitri 1433H kepada kaum keluarga dan sahabat handai di negara ini. Foto beserta nama, alamat dan ucapan boleh dihantar ke e-mel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .
Selamat hari raya diucapkan kepada ibu,ayah dan semua keluarga serta sanak saudara yang berada di Terengganu. Tidak dilupakan juga guru-guru serta sahabat-sahabat di Institut Al-Quran Terengganu (IQT) dan Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA)...Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua,mohon maaf segala salah silap...Daripada Muhamad Amiruddin Asyraf bin Ismail,Universiti Al-Albayt, Jordan.

Kami pelajar-pelajar dari University of Wisconsin-Madison dan Drake University di Amerika Syarikat ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada keluarga tercinta dan sanak saudara yang berada di Subang, Gombak, Kuala Pilah, Muar, Tumpat, Bachok dan Sungai Petani serta guru-guru dan para pensyarah di Taylor's University, SMK Seafield, MRSM Pasir Tumboh, MRSM PC, MRSM Gerik, MRSM Taiping, SMK Ibrahim, MCKK, SMK Hillcrest, ASIS, TMS dan STJ, dan juga kepada semua yang mengenali diri kami.
Daripada: Syazlyn Putri Zainudin, Reezal Roslan, Amin Mat Daud, Faiz Yusof, Nasrul Yusof, Syafeeq Asyraf dan Idora Qatrunnada

Kami 4 beranak; M.Khalid, S. Fatimah, Abg Muiz dan Adik Aqilah dari bumi Colorado USA mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Syawal kepada yg amat teristimewa Mek, Ma dan Abah di Bachok; Mek dan Ayoh di Tawang, Kelantan. Tidak lupa juga kepada adik-beradik, kaum keluarga, sahabat handai dimana jua berada, warga UKM dan KPT. Semoga Ramadhan tahun ini dapat meningkatkan keimanan, ketakwaan, keberkatan dan keampunan dari ALLAH Swt. Ampun dan maafkanlah kami atas segala kesilapan, sengaja mahupun tidak sengaja. Pjg umur kita jumpa di tanah air. InsyaAllah.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat kedua ibu bapa saya Mohamed Pauzi dan Aishah Ahmad. tidak lupa juga Along dgn Angah sanak saudara yg berada di kuala lumpur dan di kedah darul aman, sahabat handai dan buat semua yang mengenali saya. 1433 merupakan Aidilfitri saya yang kali pertama di bumi Newcastle dan diizin Allah saya akan pulang berhari raya bersama keluarga diminggu kedua Aidilfitri.
Salam sayang dari saya Nabil Mohamed Pauzi di Newcastle Universiti, United Kingdom.

Salam perantauan dari kami di Universiti Mu'tah, Jordan buat ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara, guru-guru sekolah, pensyarah-pensyarah Kolej Islam Darul Ridzuan, dan rakan-rakan yang mengenali kami. Salam Aidilfitri diucapkan, maaf zahir dan batin. Kullu 'am wa antum bilkhair.
Berdiri dari kiri: Nurliyana, Nasriah, Nurhidayah, Puteri Nuraini, Nurul Nazihah, Sakinah, Nur Adilatul Syakirah, Siti Zuraini
Duduk dari kiri: Nur Aqilah, Zafirah, Nur Ainon, Nor Hasliza, Nur Syuhadah, Nur Insyirah



Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua keluarga di Kedah, keluarga mertua di Negeri Sembilan, sanak saudara, sahabat handai dan buat semua yang mengenali kami sekeluarga. 1433 merupakan Aidilfitri kami yang kali kelima di bumi Newcastle dan diizin Allah kami akan pulang berhari raya diminggu kedua Aidilfitri tetapi tanpa 3 anak kami yang akan teruskan pengajian mereka disini.
Salam sayang dari kami sekeluarga, Mohamad Shaukhi dan isteri, Noor Safiza serta anak-anak, Shazamuddin, Shazmeen, Shazariman dan Shazali di Newcastle Universiti, United Kingdom

Doakan kami tabah menempuhi kehidupan di perantauan tanpa keluarga di sisi . Moga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang paling berERti buat semua dan Semoga SYAWAL kali ini menambahkan lagi kegembiraan dan keberkatan hidup kita semua. jazakumullahu khairan jaza'. Salam Aidilfitri Minal Aidin Wal faizin... kullu 'am wa antum bikhair .
Daripada : Nur Fathiyah bt. Ismail & Nur Amalina bt. Rumli

Salam Ramadhan dan Salam Lebaran buat keluarga tersayang & Iqbbar di Ipoh, Pihak MARA, Kolej Islam Sultan Alam Shah, dan juga sahabat2 yang mengenali diri ini. semoga lebaran kali ini lebih bermakna buat kita semua. InsyaAllah.
Daripada Ainishahirrah bt. Khosidi, St Petersburg State Marine of Technical University, Russia

Kami Mahasiswi University of Jordan, Amman mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada ahli-ahli keluarga, kaum-kaum kerabat, dan sahabat-sahabat handai. Tidak lupa juga kepada bekas guru-guru yang telah mendidik kami dan sesiapa sahaja yang mengenali kami. SALAM AIDILFITRI dan Lebaran.
Dari kiri bawah: Nusaibah, Hanani, Shuhada, Ulfah, Khadijah, Fatima, Nasuha, Azie, Nazirah, Nazirah Nazir, Nuratikah, Dalilah.

Salam Ramadan dan Salam Aidilfitri buat Ayahanda Hj Mohd Nasri, Bonda Hjh Masnah, Ayahanda Hj Majid, Bonda Serimas, Ayahanda Najibulrahman, Bonda Intan Ismail, Kakak dan Bro, Adik-Adik tersayang dan semua keluarga, saudara-mara, sahabat handai di KUISAS Dan SIS di Ipoh Perak, Kuala Lipis Pahang, Johor dan seluruh Malaysia serta semua yang mengenali kami dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin daripada Saifullah Mohd Nasri & Zyaridth Soffida Majid sekeluarga dari Universiti Mutah Karak, The Hashemite Kingdom of Jordan.



Di kesempatan ini,kami mahasiswi Mu'tah University of Jordan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin buat keluarga tercinta di Perak, sanak saudara serta sahabat sahabiah yang mengenali kami. Doakan kami agar tabah menempuh dugaan di perantauan ini tanpa keluarga di sisi. Salam perantauan dari kami. Dari kiri:Puteri Nur Aini, Siti Zuraini, Nasriah, NurHidayah, Nur Liyana, Nor Syuhadah, Zafirah, Hairun Aini dan Nur Insyirah.

Kami Mahasiswa Malaysia di Universiti Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA & SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada keluarga tercinta di Melaka Selangor, Perak dan Pulau Pinang, sanak-saudara,sahabat-handai,guru-guru (SMA Nurul Fadzliah, Maahad Al-Islah, Maahad Abbasiah, Idrissiah, Maahad Al-Mizan dan Maahad Tarbiah Islamiah) dan seluruh rakyat Malaysia..Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah s.w.t , amien.. Kullu `aam wa antum bikher..
Berdiri Dari Kiri : Abdul Salam, Faiz Salem, Ahmad Najmi, Ahmed Hilmi, Muhammad Ihzuddin
Duduk Dari Kiri : Ahmad Nabil, Shamsul Amirul, Amir Pohat dan Nur Hafizhuddin
Salam Ramadhan Kareem dan Salam Aidilfitri kepada Mak Abah tercinta, adik-beradik tersayang, keluarga, sanak saudara di Tapah, Perak, dan Nibong Tebal, Pulau Pinang. Tidak lupa juga kepada semua sahabat-sahabat dan teman-teman kami di Tanah Melayu. Maaf Zahir Batin. Ingin kami memohon maaf jika ada kesilapan, moga-moga di maafkan. Semoga kita semua mendapat keampunan dari Allah di bulan Ramadhan ini. Dari kami, Shahril Anuar Bahari, Nor Alisa Ali, Zafran Firdaus Shahril Anuar dan Falah Firdaus Shahril Anuar, Universiti Göttingen, Jerman.

Kami mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali kami khususnya Bonda dan keluarga di
Kemubu Kelantan serta keluarga mertua di Kutan Hilir Kelantan. Doakan kejayaan anakanda di sini. Juga tidak lupa kepada Kakitangan Jabatan
Mikrobiologi Hospital USM, pelajar dan guru SRI AMAN, pelajar dan guru Tadika Iman serta pelajar dan guru SRI al Qari. Tidak ketinggalan
kepada anggota Yayasan Amal Malaysia, Pertubuhan Amal Ibnu Sina (Papisma), Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Kakitangan Harakah dan
anggota qaryah Masjid Ripas Mardiah.
Dari kiri: Abdul Aziz Zainy, Abdullah Azzam Zainy, Aqil Zainy, Dr Zakuan Zainy, Aesya Widadi Zainy dan Abbas Zainy.

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H kepada seluruh umat Islam di Malaysia khasnya kepada ibu-bapa, isteri dan anak-anak dan saudara mara di kampung. Alhamdulillah puasa di Iraq berjalan dengan baik sekali walaupun cuaca agak panas. InsyaAllah kami akan kembali ke Malaysia bila cuti nanti.

Selamat menjalani ibadah berpuasa buat abah, mama, aiman, adi, afi, kak ida serta ahli keluarga yang lain. Raya kedua di perantauan. Mohon agar sentiasa doakan kecemerlangan dan kejayaan atin di sini. Selamat hari raya maaf zahir batin :)
Nur Aliah Fatin Mohd Nizam Ong, University of New South Wales, Sydney, Australia

Salam Aidilfitri, khas untuk anakanda Ahmad Darwisy. Teristimewa untuk Haziq Yacoob dan sekeluarga yang berada di Sungai Merab , Bangi dan Nurhuda Saimon serta sanak saudara dan sahabat handai yang berada di Kuala Lumpur, Melaka, Tangkak, Batu Pahat Johor, Ipoh Perak, Kota Kemuning Selangor dan Kuantan Pahang serta tidak lupakan juga kepada rakan di FPG dan TRT. Dengan ucapan Salam Aidilfitri Minal Aidin Wal Faizin. Semoga Syawal kali ini menambahkan lagi kegembiraan dan keberkatan hidup kita semua.
Daripada: Shamsudin Hasan, Nor Ashikin Saimon, Siti Adura, Siti Nadira, Siti Khairunnisa dan Nurliyana Batrisyia di Trois Rivieres, Quebec, Canada.

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya,maaf zahir & batin khasnya kepada ahli keluarga tersayang di Pendang Kedah,Nibong Tebal Penang & Gua Musang,Kelantan,guru2 & semua sahabt2 di Malaysia..Syukran jazilan ala kulli hal..Tak lupa juga,buat tanah air tercinta,Malaysia,We Extremely proud to be MALAYSIAN..!!Alhamdulillah
(berdiri:dri kiri-Nur Ainon Zakaria & Nor Atiqah Abd Hamid
duduk:dari kiri-Siti Zabedah Hassan & Aliza Noruddin) Mu'tah, Jordan

Selamat menyambut hari raya aidilfitri kami ucapkan kepada keluarga,saudara mara serta rakan-rakan yang mengenali kami di Malaysia. Dari jauh kami memohon ampun dan maaf kepada ayah dan bonda serta kepada semua di atas segala kesilapan samada dari sengaja ataupun tidak. Doakan agar kami selamat di perantauan. Dari kiri Kamarul, Saiful, Anuar, Amin, Nizam dan Khairul. Dari Prestwick Scotland.

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri dari Jordan buat ayah dan ibu, Mohd Zaini bin Salleh dan Fazilah bt Salleh, adik beradik dan sanak-saudara di Malaysia.. Tidak lupa juga kepada guru-guru dan sahabat-sahabat seperjuangan SKSTSD, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), Maktab Mahmud Alor Setar, KUIS, Universiti Mu'tah serta semua yang mengenali diri ini. Doakan kejayaan kami di sini. Setulus kemaafan Zahir dan Batin. Salam perantau dan salam sayang daripada kami dua beradik, dari kiri (Nurul Farhani Mohd Zaini,,Wafaa' Mohd Zaini), Mu'tah University of Jordan.
kullu 'am wa entum bielfi kheir.

Kami mahasiswi Malaysia di Universiti Mu'tah,Jordan.. mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA & SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada keluarga tercinta di Kedah dan Terengganu, sanak-saudara,sahabat-handai,guru-guru( MTI Derang, Maktab Mahmud Kedah, SMK Nahdhah, SMK Alor Janggus, SMK Agama Kedah, MATRI, SMA Khairiah Kuala Terengganu) dan seluruh rakyat Malaysia..Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah s.w.t , amien.. Kullu `aam wa antum bikher.."
Berdiri dari kiri :Siti Fatimah bt Abd Khalil,Zafirah bt Mohd Zaini,Nur Syazwani bt Adzizan,Hanan bt Sukeri,Fudzla bt Adenan, Hanis Bt Othman,Nur Amalina bt Rumli,Wafa' bt Mohd Zaini,Amiratul Azizah bt Rosli,Suwaibah bt Rashid,
Duduk dari kiri : Nurul Aisyah bt Ramli, Nurul Ain Solehah bt Harun,Tasneem bt Sabri,Robiatul Adawiyah bt Mohd Radzuan,Siti Aisyah bt Ramli,Dinie bt Darus & Siti Zulfa Palen bt Zainol.

Selamat Hari Raya Aildilfitri kami ucapkan kepada ibu dan ayah serta keluarga tercinta, sahabat handai dan sanak saudara. Tidak lupa juga kepada para pendidik MRSM Muadzam Shah, SMKA Nibong Tebal, SAMTTAJ Shah Alam, SM Sains Muar, SERATAS, INTEC dan IMU. Maaf zahir dan batin dari kami pelajar tahun akhir Master of Pharmacy University of Strathclyde, Glasgow, Scotland. dari kiri - Nor Naimah Mazlan, Nur Farah Diana Zamry, Nur Liyana Azmi, Nur Masyitah Seth Abdul Rahim Seth, Mohd Zamir Amno.

Salam perantauan dari kami di University of Washington, Seattle, USA, buat ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara, guru-guru sekolah, pensyarah-pensyarah UNITEN, rakan taulan, kenalan dan insan-insan tersayang. Tak lupa juga kepada penaja kami, JPA, dan semua warga Malaysia. Salam Ramadhan al-Mubarak dan Salam Aidilfitri diucapkan. Maaf Zahir dan Batin!
Dari kiri: Habibah Hanan Mat Yusoff (Maahad Muhammadi '09), Firdaus Soberi (BRaInS '09), Amirul Fatih Japri (SMSTJ '09), Azri Azmi (SMKAKL '09)

Salam Aidilfitri buat seantero keluarga yang berada di tanah air khususnya di Klang, Selangor, juga tidak dilupakan yang berada di Tumpat, Kelantan sertan Kuantan, Pahang. Ucapan salam perantauan turut ditujukan kepada para guru yang pernah mencurah ilmu, guru-guru SK Methodist Pelabuhan Klang, SRA Kg Raja Uda, SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang, SMT Kuala Lumpur, dan KBU International College. Juga kepada rakan-rakan yang sentiasa diingati. Harapnya semua dalam keadaan sejahtera. Maaf zahir batin dipinta dari semua yang mengenali diri ini andai pernah menyinggung rasa. Harap dimaafi segala khilaf. Salam sayang dari Muhammad Fadli Mohd Din, pelajar tahun ketiga Sarjana Muda Senibina University of New South Wales, Australia.

Kami rakyat Malaysia yang berkerja di Al-Jubail, Arab Saudi yang juga ahli Kelab Motorsikal Harley Davidson Malayisa-Jubail ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidiufitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai kami yang berada di seluruh tanah air. Semoga Eid Mubarak pada kali memberi kemenangan pada semua pejuang Islam di seluruh dunia.
Dari Kiri: Mohd Sham Mohd Noor, Sodry Musa, Shahrizal Abdul Hamid, Muslisham Omar, Awang Rizalman, Khazin Sudin, Mohd Hashanizam Abdul Rahman, Amiruddin Abdul Halim, Mahathir Mohammad, Haswadi Yusof, Mohamad Soffian Desa dan Khairil Anuar Sulong
Salam hormat kiriman daripada: Amiruddin Abdul Halim, Al-Jubail, Arab Saudi


Assalamualaikum, selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini dan Salam AidilFitri diucapkan kepada Ayahanda & Bonda yang berada di kampung, Mohamad Noor bin Abdul Rahman dan Zalina binti Maulud serta Mohamad Safwan bin Mohamad Noor(along), Siti Sarah binti Mohamad Noor(kakngah) dan Siti Shairah binti Mohamad Noor(adik). Salam Aidilfitri juga ditujukan kepada sanak saudara, guru-guru, sahabat-sahabat, serta yang mengenali diri ini. Semoga amal ibadah kita diterima olehNya dan memperoleh rahmat dan keampunanNya. Insha allah.
Daripada: Muhammad Haniff bin Mohamad Noor, Universiti Yarmouk, Jordan.
Gambar dari kiri: Muhammad Haniff bin Mohamad Noor, Mohamad Safwan bin Mohamad Noor dan Mohamad Noor bin Abdul Rahman (ayahanda).

Saya Muhammad Islahuddin bin Zaabar dan isteri Hasliza bte Bahruji yang kini berada di Cardiff, United Kingdom ingin mengucapkan salam lebaran buat keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan di Malaysia. Istimewa buat ibu dan ayah, Azizah bte Husin dan Zaabar bin Abu Bakar di Kg Chenderah, Jasin, Melaka, kami ucapkan "Selamat Hari Raya, dan Maaf Zahir Batin. Semoga kita bertemu di tahun hadapan". Manakala, buat mak dan abah isteri, Amnah bte Md Noor dan Bahruji bin Abdullah di Felda Air tawar 4, Kota Tinggi, Johor, kami ucapkan " Salam Aidilfitri. Juga, maafkan salah silap kami". Tidak lupa juga buat semua adik beradik; Muhammad Idris, Nur Laily, Nur Asyikin, Nur Syakinah, Nur Atiqah dan Muhammad Izzat, adik beradik isteri; Hasrina, Zulkarnaen, Haslinda, Amirul, Siti Noraisah dan Mohd Amri, "Selamat Hari Raya". Minal aidil wal faizin.

Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat keluarga tercinta terutamanya Bonda Hjh. Siti Eshah, Bonda Hjh. Rajimah dan Ayahanda Hj. Zainal Abidin dan seluruh ahli keluarga tersayang di Pantai Remis, Perak. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan di KPM dan UUM dan yang mengenali kami di seluruh tanahair. Kami memohon ampun dan maaf dari kejauhan dan doakan kejayaan kami diperantauan ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Daripada: Mokhtar Mohd Yusoff, Nor Azizah Zainal Abidin, Muhammad Haikal Mukhlis, Muhammad Harith Mukhlis dan Alya Nabeeha.
Dari: University of Waikato, Hamilton, New Zealand.

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan dan Salam Aidilfitri ditujukan khas buat ayahanda dan bonda kami iaitu Hj. Abd Rahman Kassim & Hjh Sarifah Harun yang berada di Kampung Jaha, Matang, Taiping, dan Hj. Mohamad Noor B Mohammad & Hjh. Hamizah Shafain yang berada di Bukit Goh, Kuantan, Pahang; kaum keluarga & sanak saudara, rakan sekerja dan sahabat handai di UIA Kuantan, UniKL Royal College of Medicine (Ipoh, Perak), SMK Bukit Goh, SMK Seri Perak (Parit Buntar), sahabat seperjuangan di Parit Buntar, penaja iaitu KPT dan UIA, dan juga mereka yang mengenali kami dimana jua berada. Salam ingatan tulus ikhlas, maaf zahir & batin dari kami di Brisbane, Australia.
(Dari kiri) Adnan Abd Rahman, Arif Zakuan, Zaswiza Mohamad Noor, Alya Zulaikha, Ahmad Zaidan, University of Queensland, Brisbane, Australia.

Salam aidilfitri kami ucapkan buat semua keluarga, guru-guru dan sahabat-sahabat di Malaysia, dari kami pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Fatayat Mansourah, Mesir.
Fatanah Hamzah, Azyan syazwani Ahmad Adri, Amirah Solehah Abdul Khalil, Nurul Izzah Muda, Nur Shuhada Tajudin, Nurul Nadirah Awg Mohd Nor,
Siti Fairus Muhammed, Fatinajmin Omar, Zainab Abu Bakar, Siti Nur Hidayah Abdul Samat.
Daripada: Fatanah Hamzah No.4 , Abu Al-Futtuh Street, Utubis Jadid, Moansourah, Egypt.

Kami pelajar tahun 4 bidang Ekonomi dan Perbankan Islam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada keluarga dan sanak saudara kami yang berada di Temerloh dan Jerantut Pahang .Kami memohon beribu kemaafan kerana tidak dapat pulang beraya pada tahun ini.Tidak lupa juga kepada para pendidik dan rakan rakan yang mengenali kami.
Dari kiri: Sarah Athirah Saruchi,Jaziha Jamaluddin, Universiti Yarmouk, Jordan

Salam Ramadhan dan Selamat menyambut Aidil Fitri 1433H diucapkan kepada ayahanda dan ibunda tercinta Mohd Zulkefli bin Arof dan Nor Shahirah binti Mat Salleh serta seluruh ahli keluarga di Perlis, warga pendidik di SK Kg Salang, SMKA Arau, Kolej Islam Sultan Alam Shah serta sahabat-sahabat dan yang mengenali diri ini dengan ucapan Kullu Am wa antum bikheir dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..Semoga kita semua beroleh keberkatan dalam segala gerak kerja harian kita dan diharapkan doa dari kalian agar dipermudahkan segala urusan seterusnya dapat berkhidmat dan berbakti kepada semua. Salam Aidilfitri ikhlas dari Mohd Fikri Aiman bin Mohd Zulkefli Mahasiswa Tahun 3 Kuliah Ulum Islamiah Universiti Azhar Kaherah.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri khususnya Tokma Azizah dan keluarga di Taman Desa Keramat Kuala Lumpur serta Tok Fatimah dan Wan Idris sekeluarga di Kubang Semang Pulau Pinang. Tidak lupa juga warga UTEM MELAKA serta rakan taulan di tanahair. Kami mohon maaf zahir dan batin jika ada kesalahan lampau. Doakan juga kejayaan kami di sini yang dahagakan kerinduan kalian. Salam Aidilfitri.
Dari Numa, Batrisyia, Khuzairi dan Siti Khadijah Electronic Department University of Strathclyde, Glasgow, Scotland

Salam Ramadhan & Selamat menyambut Aidilfitri diucapkan kepada bonda tercinta Darina Daud dan ayahanda Muhamad Baharudin Mahmmud, adik beradik di Kota Bharu, saudara mara di Kelantan & Kuala Lumpur. Juga kepada pihak penaja MARA,guru-guru SMK(A) Falahiah,pensyarah GMI & MFI dan akhir sekali kepada Zhafrie Akmal,Hafizuddin Hassan serta sahabat handai yang mengenali diri ini....Maaf Zahir Batin...Salam rindu daripada Mohd Hakimi Muhamad Baharudin pelajar tahun pertama Ecole Nationale Superieure D'Ingenieurs Sud Alsace, Mulhouse France.

Bonjour Malaysia!!! Kami pelajar tahun satu Kejuruteraan Perancis di IUT Aix-En-Provence, Marseille ingin mengucapkan selamat Berpuasa serta Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada keluarga tercinta, sanak saudara dan semua rakan-rakan yang mengenali diri kami. Tidak lupa juga kepada para pendidik yang telah banyak berjasa.
Gambar dari kiri: Alia Amira, Arief Mirkhael, Nik Mohammad Izzul Azfar, Amir Zamri, Alif Syafiq

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan Salam Idulfitri 1433H kepada keluarga di Kota Damansara, saudara mara di Terengganu, Pahang dan Selangor, guru-guru dan rakan-rakan bekas pelajar SK Seberang Marang, SMA Marang, SM Imtiaz Kuala Berang, SMA (A) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu, SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu dan semua kenalan di mana sahaja. Semoga menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan maaf zahir batin.
Salam sejahtera daripada Nurul Mardhiyyah Azmi pelajar pengajian Islam Universiti Ibn Tofail, Kenitra, Maghribi.

Kami pelajar kejuruteraan dan senibina dari University of Strathclyde, Glasgow ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada keluarga tercinta, sanak saudara dan semua rakan-rakan yang mengenali diri kami. Tidak lupa juga kepada para pendidik yang telah banyak berjasa.
Dari kiri: Hanafiah, Najhan, Aizat Tajudin, Nur Farhana Mustahidin, Idris Ab Ghafar, Najib Ramli.

Salam Ramadhan Kareem dan Salam Aidilfitri saya ucapkan kepada ayah dan mak tersayang:Abd Hadi & Hanisah Ibrahim, ahli keluarga di Kota Bharu,Kelantan, sanak-saudara, rakan-rakan, guru-guru SARJANA, MRSM Taiping, pensyarah di INTEC, pihak penaja JPA dan semua yang mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin..doakan Hanis di sini. Daripada: Hanis Sadikin Abd Hadi, pelajar tahun akhir Bachelor of Pharmacy, University of Otago, New Zealand. Gambar dari kiri: Nadwanie Harniza Ibrahim, Hanis Sadikin, Nurfatin Nadiah.

Tengku Syaaree Tengku Abu Bakar
Alamat: 53 Emerald Crescent, Springfield, 4300 Queensland, Australia
Ucapan: Salam Ramadhan & Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ingin ucapkan kepada isteri, Umi Syafinaz tercinta & anakanda Tengku Nurin Damia tersayang yang berada di Terengganu. Tidak lupa juga bonda, ibu & bapa mertua yang juga berada di Terengganu & kaum keluarga, sahabat handai serta siapa yang mengenali diri saya ini. Ingin saya meminta maaf jika ada tersilap kata, moga-moga di maafkan. Semoga semuanya sihat belaka hendaknya dan menyambut kedatangan aidilfitri nanti dengan sempurna. Salam perantau dari saya, Tengku Syaaree yang bekerja di Brisbane, Australia. Maaf zahir dan batin.

Berdiri dari kanan : Muhd Hannan, Muhd Farhan, Muhd Ainuddin, Muhd 'Ariff, Muhd 'Izzuddin.
Nama pengirim : Muhammad 'Izzuddin Mohamad Yusoff
Tempat : Irbid, Jordan.

Selamat menyambut Ramadhan dan Aidilfitri diucapkan kepada bonda tercinta Norizan Bte Mohd Noh dan ayahanda Syed Mohd Khair serta adik dan kakak di Gombak, saudara mara di Bagan Datoh dan Changkat Tin. Juga kepada sahabat dan guru di Ma'had Attarbiyah Islamiyah (MATRI) dan SK Ren Ibnu Kathir Gombak (SRIKG). Inshallah raya tahun depan balik kampung. Salam rindu dari Syed Ahmad Fathi bin Syed Mohd Khair pelajar tahun akhir State Marine Technical University Saint Petersburg, Russia.

Salam Ramadan dan Salam Aidilfitri buat Ayahbonda Maizainah Sulong dan Abdul Jalil Milin di Bandar Tun Razak, Cheras serta Latipah Jantan & Omar Osman di Kg. Lindungan, PJ , adik beradik tersayang, sanak saudara, juga teman teman di SK Bdr Teknologi Kajang, SK Betau, K.Lipis, FGV, Petugas Kilang Felda dan semua yang mengenali kami dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Dari (kiri) Rabiatul Adawiyah,Siti Khadijah Maisarah, Luqmanul Haqqim, Dahniar Abdul Jalil, Abdul Rahman dan Irwan Omar, Becancour, Quebec, Canada

Salam Ramadhan Kareem dan Salam Aidilfitri kepada keluarga tercinta, sanak saudara di Malaysia khususnya di Kuala Kangsar Perak, Yan Kedah, Bukit Besar Terengganu, Pernu Melaka, dan Skinchan Selangor juga tenaga pengajar kami di UNISZA DAN KUIS dan semua yang mengenali kami. Maaf Zahir Batin dan doakan kami semoga dipermudahkan segalanya.
Ramadhan dirindui, Syawal disyukuri, Salam Aidilfitri. Kullu Sanah wa Entum Bikhair.
Dari kami mahasiswa Kuliah Adab dan Syariah Mu'tah University of Jordan
(Dari kiri: Nurul Qayyimah Kamaruzaman, Tasnim Sabri, Nur Afifah Zaki, Nurul Ain Addenan, Siti Murni Shahrom)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

