SURAT PEMBACA Harakahdaily http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter Fri, 24 May 2013 23:03:57 +0000 Joomla! 1.5 - Open Source Content Management en-gb Cadangan boikot Air Asia, bagus juga... http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19472-cadangan-boikot-air-asia-bagus-juga http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19472-cadangan-boikot-air-asia-bagus-juga Berbagai pihak termasuk akhbar Utusan Malaysia dan pertubuhan PERKASA minta supaya rakyat Malaysia memboikot Air Asia dan mengambil MAS atau Fire Fly sebagai alternatif bagi penerbangan sama ada keluar negara atau pun domestik kerana sikap Pegawai Air Asia yang tidak profesional dimata mereka serta tidak menghormati pelanggan.

Pada saya lainlah untuk memboikot Utusan begitu enteng sekali kerana ada akhbar yang lagi murah daripada harga Utusan itu sendiri dengan berita yang lebih profesional penyampaiannya lebih jauh tepat dan padat.

Ada kebenarannya dan saya yang kerap juga menggunakan perkhidmatan tambang murah ini sama ada bagi penerbangan domestik atau keluar negara begitu teruja sekali menaiki penerbangan Air Asia walaupun kurang selesa dari segi tempat duduknya dan layanan bukanlah saperti MAS sediakan itu.

Tetapi disebabkan tambang yang begitu murah yang kadangkala tidak pun sampai mencecah RM100 untuk pergi dan balik kedestinasi tertentu apabila ditawarkan pada hari-hari tertentu itu memanglah tidak mampu untuk kita menolaknya malahan seluruh keluarga pula boleh dibawa bersama untuk makan angin lebih-lebih lagi semasa cuti persekolahan.

Ingin saya bertanya mereka yang mencadangkan supaya memboikotkan Air Asia ini, pertamanya bolehkah MAS atau Fire Fly memberikan tambang semurah Air Asia tawarkan? kedua bolehkah pihak MAS mengadakan pakej tambang murah termasuk penginapannya sekali dengan harga yang semua rakyat Malaysia mampu merasakan pakej sedemikian? dan persoalan ketiga apa untungnya memboikot Air Asia ini sedangkan kami yang berpendapatan hanya layak untuk menaiki keenderaan awam saperti bas awam dan LRT atau Komuter untuk berjalan kesana sini didalam negara itu sendiri?

Diharap sangatlah supaya pihak Utusan yang begitu rapat dengan pemerintah ini mengesa syarikat MAS yang sahamnya itu serta segala pentadbirannya juga diawasi oleh Kerajaan agar menurunkan harga tiket penerbangannya sebagaimana Air Asia lakukan.

Biarlah tiada nasi lemak istimewa percuma atau burger percuma asalkan tambangnya murah mendadak dan untuk itu berdiri didalam kapal terbang pun kami sanggup kerana kami terbiasa berdiri didalam bas dan Komuter berjam-jam lamanya.Apa yang kami mahu janji murah dan termampu untuk terbang.

Oleh yang demikian diharap mana-mana kakitangan atau ahli-ahli apa juga syarikat dan NGO yang mewar-warkan pemboikotan begitu bersemangat begitu sekali itu benar-benar mengotakan kata-kata mereka yang tidak akan menaiki pesawat Air Asia.Kami akan sentiasa memerhatikan anda.

Saya bukanlah menyokong kepada mana-mana pihak tetapi apa yang logik dan ianya memudahkan serta menguntungkan kami sebagai rakyat berpendapatan rendah saperti kami ini dan itulah yang kami pilih.Mungkin itulah sebabnya syarikat MAS terlalu perlahan dan ketinggalan jauh dibelakang kerana semuanya mahal.Dalam pada itu minta sedikit komen daripada Menteri yang bertanggungjawab serta juga mohon komen Tan Sri Rafidah Aziz sebagai salah seorang Pegawai Eksekutif Kanan dan juga sebagai Penasihat Air Asia itu sendiri.

Dalam pada itu sebagai semangat 1Malaysia juga dicadangkan supaya menggesa TV swasta berbayar Astro dapat menurunkan harga pakejnya sekurang-kurangnya separuh apa yang terpaksa dibayar terutama sekali apabila disabitkan dengan siaran langsung bola sepak diperingkat antarabangsa kerana apabila kita ingin melanggan saluran sukan dimana kita terpaksa mengambil atau menambahkan lain-lain rancangan saluran yang lain yang kami tidak meminatinya langsung itu terpaksa membayar kadangkala mencecah ratusan ringgit juga.

Tidakkah boleh diberikan lesen lagi untuk menyaingi syarikat Astro ini kerana apabila hanya ada satu sahaja lesen untuk mengendalikan TV berbayar ini maka terjadilah apa yang dikatakan sebagai memonopolikan harga sesuka hati mereka sahaja.Kalaulah dikeluarkan khas lagi satu syarikat untuk lesen bagi saluran sukan sahaja alangkah baiknya.

]]>
Surat Pembaca Thu, 23 May 2013 01:33:36 +0000
Nak boikot? Suka hati kamulah http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19467-nak-boikot-suka-hati-kamulah http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19467-nak-boikot-suka-hati-kamulah Selepas berakhirnya PRU yang lalu, telah ada dua isu boikot yang ditimbulkan oleh pro Umno-BN. Yang pertama ialah seruan mereka supaya memboikot apa-apa perniagaan yang berkaitan dengan orang Cina. Yang kedua pula ialah saranan memboikot syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.

Apakah kesalahan kedua-dua pihak ini sehingga mahu diboikot? Tidak lain tidak bukan hanya kerana mereka menuntut hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat. Orang Cina tidak melakukan apa-apa kesalahan melainkan hanya kerana mereka tidak mengundi Umno-BN – hakikatnya bukan mereka sahaja, malah ramai juga orang Melayu bandar tidak pengundi Umno-BN! Bagi Air Asia pula, syarikat mereka mahu diboikot hanya semata-mata menyelar media rasmi Umno-BN kerana menyiarkan berita yang bersifat perkauman. Salahkan Azran kerana menolak wujudnya sikap rasis?

Namun, bagi saya, itu adalah hak kamu untuk memboikot dan memilih. Setiap orang itu ada hak masing-masing, dan orang lain juga wajar menghormati hak itu selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama dan budaya.

Jika Umno-BN dan para penyokongnya ada hak untuk memboikot dan memilih maka rakyat juga ada hak yang sama! Rakyat juga ada hak untuk memboikot dan memilih untuk tidak mengundi Umno-BN dalam pilihan raya yang lalu.

Jika anda mahu dihormati, sila lah belajar untuk menghormati hak orang lain.

]]>
Surat Pembaca Wed, 22 May 2013 10:33:43 +0000
Kaji siri runtuhan, bentuk Suruhanjaya Diraja http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19423-kaji-siri-runtuhan-bentuk-suruhanjaya-diraja http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19423-kaji-siri-runtuhan-bentuk-suruhanjaya-diraja Siri kejadian runtuh di negeri pengeluar minyak Terengganu terus rancak berlaku. Terbaru, bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas , Kuala Berang runtuh malam tadi. Masjid yang dibina pada tahun 2007 runtuh kira-kira selepas solat Isyak malam tadi itu walaubagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.

 

Namun begitu, kejadian runtuh di Terengganu ini tidak boleh dipandang enteng walaupun tidak pernah meragut nyawa.

 

Siri runtuhan bermula sejak April 2008 dengan kejadian dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai runtuh. Seterusnya kejadian runtuh yang melibatkan stadium baru Stadium Sultan Mizan pada Jun 2009, bangunan Universiti Malaysia Terengganu yang masih dalam pembinaan pada Mac 2010, surau Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam pada Julai 2010, pondok rehat Bazar Warisan pada Januari 2011, Astaka Jertih pada Jun 2012, papan tanda gergasi Pusat Penyelidikan UMT pada Julai 2012, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan Paka juga pada Julai 2012.

 

Pada tahun 2013 pula, rakyat Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh lagi semasa proses pembaikan dijalankan diikuti dengan kejadian pagar padang sintetik pertama di Malaysia yang masih belum dirasmikan runtuh pada 1 Mei yang lalu manakala kejadian bumbung Masjid Binjai Kertas Kuala Berang pula berlaku malam tadi.

Kejadian runtuh ini tidak boleh dipandang remeh. Pertama kerana ianya melibatkan duit rakyat dan aspek keselamatan tidak boleh diperjudikan. Walaupun setakat siri runtuhan ini berlaku masih belum meragut nyawa, namun malang itu tidak berbau. Mungkin sahaja bangunan baru istana di Chendering boleh runtuh tanpa kita sedari boleh melibatkan orang terpenting di negeri permai Terengganu ini.

Persoalan timbul apabila siri runtuhan ini hanya melibatkan bangunan yang baru setahun jagung usianya. Kenapa siri runtuhan tidak melibatkan bangunan yang sudah bertapak seperti Muzium Negeri, Wisma Darul Iman mahupun Stadium Sultan Ismail?

 

Di mana silapnya perlu kita kaji bagi membendung perkara ini berulang lagi. Maka, saya cadangkan agar satu Suruhanjaya Diraja di peringkat negeri dibentuk. Suruhanjaya ini mestilah bersih daripada orang yang berkepentingan bagi mengkaji dan membentangkan punca runtuhan-runtuhan berlaku kepada umum dan seterusnya membawa orang yang bertanggungjawab terhadap runtuhan tersebut dibawa ke muka pengadilan. Kedua, bagi mengkaji keselamatan bangunan- bangunan yang baru dibina di Terengganu menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Hal ini penting supaya kejadian runtuhan tidak berlaku lagi juga tiada nyawa yang melayang. Pembaziran duit rakyat juga dapat dielakkan. Kos membina bangunan itu tinggi apatah lagi kos untuk memperbaikinya setelah runtuhan berlaku. Kejadian runtuhan di stadium belum lagi selesai diperbaiki, bangunan lain pula yang runtuh yang akhirnya merugikan rakyat. Kita perlu bertindak sekarang, sebelum ianya meragut nyawa.

]]>
Surat Pembaca Tue, 21 May 2013 04:13:12 +0000
Pasca PRU13: Ramai gila bahasa, buat lawak ngeri http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19350-pasca-pru13-ramai-gila-bahasa-buat-lawak-ngeri http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19350-pasca-pru13-ramai-gila-bahasa-buat-lawak-ngeri Selepas pasca Pilihan raya Umum ke-13 baru-baru ini tidak kurang hebatnya juga ungkapan-ungkapan yang boleh diklasifikasikan lawak atau jenaka yang kasar. Bermula dengan reaksi spontan Perdana Menteri pilihan Barisan Nasional yang akhirnya menjadi tajuk utama akhbar cauvinis melayu negara (Utusan Malaysia) iaitu 'Apa Lagi Cina Mahu?'. Memang kasar bunyinya anggaplah saja jenaka orang yang takut hilang kuasa.

 

Ramai yang mencemuh dengan ungkapan tersebut kerana beliau mungkin 'buta' kerana keputusan rakyat dalam pilihanraya bukan kerana sentimen Cina undi Cina tetapi sebenarnya rakyat telah sepakat menolak mereka yang memimpin negara seperti simpulan bahasa 'beraja di mata, bersultan di hati'. Ini disebabkan apa yang berlaku pada penggal lalu satu barisan yang melakukan sesuka hati seolah-olah konsep pemisahan kuasa (Raja, Eksekutif dan Kehakiman) telah menjadi 3 dalam 1.

 

Lawak kasar seterusnya secara spontan keluar dari mulut seorang negarawan yang berjaya dengan kempennya yang berjaya merampas sebuah negeri dengan mengenengahkan anak sendiri sebagai calon MB dengan mendapat kelebihan majoriti iaitu lebih kurang berbunyi 'jika PM sebelum ini disingkirkan kerana hilang banyak kerusi, maka PM hari ini rekodnya adalah lebih teruk lagi'. Amat berbisa sekali kata-katanya sehinggakan dirasakan agak ngeri untuk didengari oleh PM hari ini.

 

Ungkapan jenaka ngeri berikutnya telah dikeluarkan oleh seorang MB yang berkata secara tidak berperi 'tiada lagi projek pembangunan di kawasan-kawasan yang tidak diwakili oleh ahli dewan dari partinya' membuatkan ramai yang tercengang dan tak kering gusi. Beliau lupa maksud dan makna sebuah sistem demokrasi agaknya kerana dapat perintah negeri dengan kelebihan 2 kerusi.

 

Seterusnya kedengaran banyak suara-suara sumbang dari yang boleh dianggap 'ultra-Melayu' dengan sentimen kebencian kaum Cina dan juga dibabitkan juga kaum India seperti idea mahu menghapuskan sekolah vernakular.

 

Rupa-rupanya bila habis pilihanraya ramai diserang penyakit gila atau alergi bangsa menyebabkan mereka jadi buta dengan negara yang dinamakan Malaysia.

 

Di satu seminar pasca-pilihanraya pula ada seorang yang pernah bergelar 'yang arif lagi bijaksana' menyuarakan pendapatnya yang bersifat anti-Cina atau kata-kata yang sungguh beremosi seolah-olah negara ini baru saja merdeka dan mahu membela satu bangsa dengan bersifat anti bangsa selainnya.

 

Mungkin kerana sudah bersara faktor usia menyebabkan beliau mudah lupa ini negara yang dulunya dikenali sebagai Malaya kemudiannya Malaysia. Telah dinafikan keesokan harinya namun lawak pertamalah buat orang tertawa bukan kedua.

 

Apabila PM hari ini mengumumkan kabinetnya, maka dengan rasminya kerajaan yang mendapat banyak kerusi (bukan banyak undi) telah mula bekerja secara rasminya selepas bersumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Satu lagi lawak kasar dan ngeri keluar dari mulut seorang menteri yang berbunyi 'jika tidak setuju dengan sistem demokrasi negara ini sila tinggalkan negara ini'.

 

Berdesing telinga rakyat sekali lagi dengan lawak ngeri yang secara langsung menunjukkan kawalan keatas emosi dari keputusan pengundi tempohari masih belum hilang lagi. Apa salahnya rakyat berhimpun aman tanpa mengganggu ketenteraman bagi memprotes atau menunjukkan ketidakpuasan daripada terus bersuara berdentum membuat kenyataan lawak slapstik menyalahkan sesuatu bangsa pasca pilihanraya kali ini.

 

Natijahnya, Rakyat Malaysia lebih matang dan memahami segala situasi lebih dari mereka yang bertahun-tahun bergelar menteri dalam memahami erti sebuah proses demokrasi dengan secara tidak langsung terbukti bahawa parti yang berasaskan perjuangan bangsa telah tidak relevan lagi.

 

Dunia hari ini telah bergerak seiring dengan arus teknologi maklumat dan komunikasi tanpa sempadan menyebabkan lonjakan (Spring) dari rakyat menagih harapan agar parti yang bersaing melalui ideologi dan idea bukan lagi soal pembangunan semata-mata malah lebih kepada keseluruhan aspek kehidupan merangkumi kesejahteraan dan kebajikan.

]]>
Surat Pembaca Sat, 18 May 2013 04:58:34 +0000
Syor lantik Aziz Bari Speaker Dun Selangor http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19202-syor-lantik-aziz-bari-speaker-dun-selangor http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19202-syor-lantik-aziz-bari-speaker-dun-selangor Saya merupakan salah seorang pengundi di Selangor yang telah mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini. Secara umumnya saya bersyukur rakyat Selangor telah memberi mandat kepada PR untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua. Sudah tentunya suasana sekarang masih hangat dengan isu pelantikan Menteri Besar (MB) Selangor. Isu MB sudah mula reda, tetapi barisan Exco negeri Selangor beserta kuota dari parti-parti PR masih belum jelas lagi. Saya percaya dengan kebajikan rakyat sebagai faktor penentu di minda masing-masing, para pemimpin PR dapat memberi penyelesaian terbaik dalam isu pelantikan barisan Exco di Selangor.

 

Sebagai pengundi di negeri Selangor, saya suka untuk mencadangkan kerajaan negeri Selangor agar melantik Dr Abdul Aziz Bari, bekas calon PR di parlimen Sabak Bernam sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor atau lebih sinonim dengan gelaran Speaker Dun. Saya tidak menafikan sumbangan Speaker Dun terdahulu iaitu Datuk Teng Chang Khim, tetapi saya berpendapat sudah tiba masanya Dr Abdul Aziz Bari selaku sarjana perlembagaan diberi peluang untuk melaksanakan idea-idea beliau secara lebih praktikal. Kita mempunyai tokoh sarjana perlembagaan yang berpengalaman luas malah pernah menjadi konsultan kepada kerajaan negeri Selangor sewaktu polemik isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor satu ketika dahulu. Disebabkan isu konsultan itu jugalah Dr Abdul Aziz Bari telah diberi surat tunjuk sebab oleh majikannya kerana terlibat secara langsung dengan "kerajaan pembangkang".

 

Oleh kerana majoriti rakyat di Sabak Bernam masih lagi tidak mampu menilai yang mana satu manik, yang mana satu mutiara, maka adalah menjadi satu kerugian sumber sekiranya ilmu dan pengalaman Dr Abdul Aziz Bari tidak diambil kira oleh kerajaan negeri Selangor dan tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya.


Saya berharap pimpinan PR Selangor boleh melakukan penyesuaian-penyesuaian tertentu agar Dr Abdul Aziz Bari dapat dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor. Dengan jawatan ini juga saya yakin, Dr Abdul Aziz Bari dapat meneruskan kajian dan penulisannya dalam suasana yang lebih kondusif dan praktikal demi memartabatkan Dewan Negeri Selangor setaraf dengan piawaian badan perundangan antarabangsa. Kritikan-kritikan konstruktif beliau mengenai perlunya sesebuah kerajaan mempunyai badan legislatif yang bebas juga dapat diterjemahkan melalui tindakan proaktif sekiranya beliau dilantik sebagai Speaker Dun kelak.

Walaupun Dr Abdul Aziz Bari pernah dilaga-lagakan dengan istana Selangor lewat kontroversi DUMC sedikit masa dahulu, tetapi saya percaya itu hanyalah kerja-kerja kotor pengadu domba yang hanya ingin membodek dan mengampu demi sedikit kesenangan duniawi. Saya percaya DYMM Sultan Selangor bersikap sangat objektif dan mampu menilai bakat dan kebolehan anak jati Selangor ini.

Semoga bakat dan kebolehan Dr Abdul Aziz Bari diberi perhatian yang sewajarnya oleh barisan kepimpinan negeri Selangor. Saya yakin rakyat Selangor yang lain juga berkongsi hasrat yang sama dengan saya.

Sekian, terima kasih.

]]>
Surat Pembaca Sun, 12 May 2013 08:12:57 +0000
Ahmad Said MB terbaik untuk menangkan PAS http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19186-ahmad-said-mb-terbaik-untuk-menangkan-pas http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19186-ahmad-said-mb-terbaik-untuk-menangkan-pas Ke hadapan MB,

Kami warga pengundi N25 Bukit Besi meyokong penuh usaha MB Terengganu, DS Ahmad Said yang tidak menyenaraikan kawasan-kawasan BN kalah dalam projek perumahan rakyat seperti mana dirakam dalam sidang media selaku MB, ehem. DS sungguh kacak dengan gaya bahasa yang sungguh lunak by-the-way

Sewajarnya usaha ini mendapat dokongan segenap penyokong BN di seluruh Terengganu, termasuklah Dun yang kalah supaya sedar dan insaf supaya dalam PRU14 mereka berusaha dengan lebih gigih untuk bagi memenangkan BN di tempat tersebut. Ini merupakan satu proses tamrin, agar ahli BN di Dun yang kalah mendapat pengajaran. Benar sungguh teori DS, orang yang kalah tidak wajar diberi muka. 

Jarang ada ahli BN yang berfikiran jauh seperti DS, sewajarnya pihak berwajib mengusahakan untuk ditubuhkan Institut Pemikir Ahmad Said (iPAS) bagi melahirkan lebih ramai orang yang berdaya-fikir tinggi seperti DS. Tidakkah DS terlintas untuk membuat ujian IQ, manalah tahu mungkin DS sudah termasuk di kalangan ahli genius dunia setaraf dengan Stephen Hawking?

Begitupun Datuk Seri, bukankah di kawasan yang BN menang pun terdapat penyokong PAS? Sepaptutnya DS menyaring dengan sungguh-sungguh agar orang PAS langsung tidak mendapat apa-apa sepanjang pemerintahan legasi DS. Ini amat penting sementelah mereka bukan pengundi BN dan pengundi PAS yang ramai inilah asbab kegagalan BN Terengganu mengekalkan 2/3 dewan. 

Dalam pada itu, tidaklah kami terlupa untuk bersyukur kepada BN, kerana walaupun YB kami biasa-biasa sahaja, namun DS tetap memberikan beliau peluang untuk menjawat salah satu Exco Negeri. Ternyata, fitnah media alternatif yang menyifatkan DS tidak prihatin dan samseng adalah tidak berasas sama sekali.

Kami berazam dalam PRU14, kami akan menjadi key-player dan bukan lagi pemain import bagi memperhebatkan usaha bersama sekalian petugas Bukit Besi bagi menggiatkan dakyah betapa DS adalah MB yang terbaik untuk memenangkan PAS selepas ini.

Hidup 'Id !! Hidup 'Id !! Hidup 'Id !!  

Sekian daripada saya. 

Izzat Ghazali dan kawan-kawan.
Pengundi Dun Bukit Besi Luar Kawasan.

]]>
Surat Pembaca Sat, 11 May 2013 22:50:19 +0000
Ahmad Said memalukan rakyat Terengganu lagi http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19185-ahmad-said-memalukan-rakyat-terengganu-lagi http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19185-ahmad-said-memalukan-rakyat-terengganu-lagi Kenyataan Datuk Seri Ahmad Said setelah sahaja selesai majlis angkat sumpah sebagai Menteri Besar mungkin mengejutkan banyak pihak. Ia nampak angkuh dan meroyan tak sedarkan diri. Tetapi ia mungkin sesuatu perkara yang biasa bagi rakyat Terengganu sentiasa mengikuti perkembangan serta kenyataan MB Terengganu tersebut.
"Development will continue as promised, nonetheless construction of affordable houses will not be built in the state constituencies we lost, we will build in the areas won by BN,"-Bernama

Ia kenyataan politik berbaur provokasi dan sombong malah tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang bergelar MB. Tugas yang sepatutnya memastikan urus tadbir kerajaan negeri berjalan lancar dan kesemua rakyat dapat menikmati keharmonian secara bersama bertukar kepada kerelaan untuk rakyat membenci kerajaan dan bersedia menghadapi kejatuhan kerajaan yang hanya mendapat majoriti dua kerusi itu.

Jauh sekali berbeza dengan sikap serta kenyataan yang dikeluarkan oleh MP Kuala Nerus, YB Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS). Beliau mengucapkan tahniah kepada MB Terengganu yang selamat mengangkat sumpah serta mengajak seluruh wakil rakyat di negeri tersebut menunaikan amanah kepada seluruh rakyat tanpa mengira parti.

Dengan keyataan Datuk Seri Ahmad Said itu, dalam tidak sedar itu telah melukakan hati mereka yang setia bersama BN dan berada di kawasan yang dimenangi PAS. Seramai 139,729 orang! ‘Berita gembira’ pula untuk penyokong PAS yang berada di kawasan yang dimenangi BN seramai 111,630 orang.

Beliau jelas masih gagal untuk memahami perbezaan antara tugas kerajaan dan tugas parti. Sikap susah faham atau malas nak cuba faham ini mungkin boleh diterima jika ia datang dari seoarang pentaasub parti, tetapi ia sangat memalukan apabila keluar dari mulut seorang MB.

Hakikat sebuah parti politik hanyalah satu badan mereka yang bersatu untuk bersama membina kepentingan negara melalui prinsip-prinsip tertentu yang telah dipersetujui secara kolektif. Kerajaan yang dibentuk pula menyediakan kemudahan untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Ianya dengan seruan Islam yang mewajibkan pemerintah paling tidak menyediakan tiga keperluan asas untuk rakyat iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Keengganan beliau untuk meneruskan pembinaan rumah mampu milik di kawasan yang tidak dimenangi oleh BN jelas menunjukkan bahawa beliau gagal memahami konsep KEADILAN yang merupakan tema paling utama di dalam Al-Quran. Saya merasakan sangat elok jika para ‘alim ulama dan NGO yang komited membela ‘Melayu Islam’ mengadakan talaqqi (pengajian) khusus untuk Datuk Seri MB berkaitan Tafsir Surah Al-Maidah, ayat 8 serta Tasir Surah An-Nisa’, ayat 58. Kalau tak faham juga, maka ia merupakan ‘zaman gelap’ untuk rakyat Terengganu, dipimpin oleh MB yang susah faham.

Bagaimana mungkin bagi rakyat di bawah dapat memenuhi semangat ‘rakyat mengasihi kerajaan’ jika pemerintah di atas sendiri yang meniupkan api kebencian dan politik balas dendam. Politik matang membentuk sistem politik dwi-parti yang berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang. Rakyat hanya perlu memilih antara parti yang lebih baik dan parti yang baik. Tetapi politik Datuk Seri Ahmad Said masih jauh ketinggalan di belakang yang menganggap sistem dwi-parti sebagai mekanisme balas-budi dan dendam kesumat lantas memaksa rakyat untuk membuat keputusan memilih antara parti yang bodoh sombong dan parti yang berfikiran terbuka.

Saya bahkan seluruh rakyat Terengganu sangat mengharapkan beliau  lebih berfikir secara praktikal. Politik kepartian sudah masanya untuk dihentikan. Beliau yang mewakili BN perlu melanggani konsep parti mengusai kerajaan secara lebih cermat dan teliti supaya urusan kerajaan negeri dan urusan rakyat dapat dilaksanakan dengan baik.

Berhentilah dari mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan yang jelas menggugat kewibawaan dan profesionalisma beliau sebagai Menteri Besar. Sikap sebegini jika diteruskan hanya menguatkan lagi semangat kem Idris Jusoh untuk mengatakan, ‘Mat Said memang tak layak jadi MB!’.
Biarlah ikhlas dalam berbakti, barulah kebencian rakyat dapat dihenti.

Rakyat Terengganu.
]]>
Surat Pembaca Sat, 11 May 2013 22:39:56 +0000
Politik balas dendam bermula http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19182-politik-balas-dendam-bermula http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19182-politik-balas-dendam-bermula Belum sampai 24 jam mengangkat sumpah sebagai MB bagi penggal ke 2, Ahmad Said tak tertangguh lagi untuk melempiaskan kemarahannya kepada rakyat yang telah memilih PAS sehingga mereka hanya mampu terus berada di Wisma Darul Iman dengan kelebihan 2 kerusi sahaja.

 

Sebagaimana yang disiarkan oleh portal berita Bernama, tiada lagi projek perumahan mampu milik di kawasan Dun dan parlimen yang dimenangi pembangkang. Kononnya selama ini kerajaan BN telah banyak mengambil alih tugas-tugas wakil rakyat PAS. Mana-mana rakyat di kawasan pembangkang yang berhajat kepada pembangunan, mereka diminta mengajukan kepada wakil rakyat pembangkang yang telah mereka pilih!

 

Saya sangat bersetuju dengan arahan ini kalau kenyataan ini turut disertakan dengan ketetapan bahawa mulai dari sekarang rakyat di kawasan yang diwakili pembangkang tidak lagi perlu membayar sebarang cukai sebagaimana yang dikenakan kepada rakyat yang mendiami kawasan BN. Barangan di kawasan yang diwakili pembangkang juga akan menjadi lebih murah kerana cukainya telah dikecualikan. Harga kereta, harga petrol merudum di kawasan pembangkang. Alangkah seronoknya.

 

Saya juga boleh bersetuju kalau jawatan pegawai pembangunan dun atau parlimen dimansuhkan dengan syarat peruntukan pembangunan dun dan parlimen berkenaan disalurkan kepada yang berhak. Siapa lagi kalau bukan wakil yang dipilih oleh rakyat.

 

Datuk Seri MB... Lupakah Tuan bahawa negara kita ini demokrasi. Bila Datuk Seri mengangkat sumpah sebagai MB, tentunya Datuk Seri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi negeri Terengganu Darul Iman, bukannya MB bagi orang Umno!

 

Rakyat Terengganu adalah rakyat Datuk Seri sama ada mereka Pas atau Umno. Jangan Datuk Seri menggali lubang untuk memendekkan lagi hayat kerajaan Umno yang telah sedia berada di hujung tanduk.

 

Berlaku adillah kerana keadilan itu lebih dekat dengan taqwa.

]]>
Surat Pembaca Sat, 11 May 2013 12:21:16 +0000
Kalau sayalah, malu nak ngaku PM http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19181-kalau-sayalah-malu-nak-ngaku-pm http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19181-kalau-sayalah-malu-nak-ngaku-pm Analogi mudah: Anda (Andaikanlah nama anda itu Najeeb) bersama pasukan bolasepak anda ada 11 orang pemain. Gol di sebelah pasukan anda lebih kecil. Anda pastikan pengadil ialah adik kembar anda. Anda akan masukkan pemain tambahan bila-bila masa sahaja tanpa beritahu pengadil dan tanpa keluarkan pemain sedia ada.

 

Pasukan anda boleh sumbat gol dengan tangan selain anggota lain. Tidak ada istilah offside bagi pihak pasukan anda. Budak kampung kata curi ayam.

 

Kalau pasukan lawan sumbat gol, pengadil akan batalkan gol dengan mengatakan offside walaupun tidak benar. Pasukan anda pun terdiri dari pemain tempatan, termasuk 4 pemain import dari Bangladesh, Cambodia, Myanmar dan Indonesia.

 

Akhirnya pasukan anda menang 3-2, tetapi kesemua 3 gol itu dengan menggunakan tangan, offside dan pengadil hadiahkan penalti tanpa sebab.

 

Lalu dengan megah sambil mengangkat dada dan hidung, anda menjaja seluruh kampung bahawa pasukan bolasepak anda menang 3-2 mengalahkan pasukan lawan. Dan anda berkata pasukan andalah paling hebat dan andalah pemain terbaik perlawanan itu.

 

Kalau anda diletakkan dalam situasi ini, dan anda seorang yang ada maruah dan harga diri serta integriti, tergamakkah anda berbuat seperti ini?

 

Ini hanyalah analogi mudah yang sering kita dengar dalam ceramah pemimpin Pakatan Rakyat mengenai perjalanan pilihanraya umum atau kecil di negara Malaysia tercinta yang telah merdeka dari penjajah lebih 56 tahun ini. Namun, kerana NAFSU besar mahu terus berkuasa, segala pertimbangan akhlak mulia, harga diri, integriti hatta perkara salah-laku yang jelas dapat dilihat pun tidak dapat dinilai dengan benar.

 

Kalau anda masih tak faham dengan analogi di atas, memang anda seorang yang bengap!

]]>
Surat Pembaca Sat, 11 May 2013 12:04:26 +0000
Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19172-umno-itu-kerajaan-kerajaan-itu-umno http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/19172-umno-itu-kerajaan-kerajaan-itu-umno Salam sejahtera, saya adalah salah seorang rakyat malaysia dan sudah menunaikan kewajipan mengundi sebanyak dua kali pada 2 penggal lalu.

Saya juga adalah generasi muda yang dikaitkan dengan generasi IT dan juga selalu mengikuti suasana politik semasa.

Facebook,blog,tweeter,dan lain-lain web menjadi maklumat untuk saya nilai dan analisis.

Dahulunya sebelum cukup umur untuk saya mengundi,saya hanya diberitahu dan dihidangkan segalanya tentang negara kita melalui tv dan surat khabar. Dan zaman itu adalah zaman berkuasanya Tun Mahathir.

Saya sendiri hampir percaya setiap berita yang disampaikan. Tetapi setelah saya membesar,adalah tidak adil untuk menghukum pihak pembangkan salah.

Pemikiran yang rasional akan mengatakan, kenapa tidak dinilai terlebih dahulu maklumat yang ingin disampaikan dari kedua-dua belah pihak.

Kalau di mahkamah sekalipun,hakim tidak terus menjatuhkan hukuman kepada tertuduh dan mendengar serta memihak kepada pendakwa setiap masa, sebaliknya didengari dahulu hujah, alasan serta melihat bukti dari kedua-dua belah pihak. Begitu juga siaran tv dan akhbar pada hari ini.

Walaupun saya tidak begitu arif dalam politik, disitu pun sudah cukup untuk saya menilai ketidakadilan yang berlaku pada hari ini dan era pemerintahan beberapa org PM terdahulu.

Adalah wajar untuk saya membuat keputusan awal bahawa kerajaan hari ini ada yang 'something wrong'. Kalau tidak kenapa dilakukan ketidakadilan sedemikian.

Adakah untuk mengekalkan kuasa supaya rakyat lihat kebaikan darinya sahaja? Tidak kira apa pun alasan, itulah ketidakadilan yang sentiasa berlaku dihadapan mata terutama dimata-mata orang kampung, pakcik dan makcik, termasuk penjawat awam, dan sesiapa sahaja yang sekadar melihat tv dan akhbar pro umno.

Mereka gagal untuk nilai yang itu adalah kezaliman kerajaan terhadap rakyat untuk mendapatkan maklumat yang seadilnya dari kedua belah pihak.

Akhir-akhir ini, barulah saya sendiri sedar bahawa
pemikiran dan pemahaman bahawa Umno itu adalah kerajaan dan kerajaan itu adalah Umno hampir-hampir membuatkan saya jadi bodoh.  Inilah pemahaman saya yang wujud sejak zaman 90 lagi.

Mana boleh sedemikian? Terpulanglah kepada saya untuk memilih mana-mana parti sekalipun, kerana bila parti itu yang menang maka dialah yang akan membentuk kerajaan dan mentadbir negara.

Bila tiba pilihan raya, undilah mana-mana parti yang menjamin masa depan anda. Dan saya tidak pernah dengar, undilah kerajaan BN, kerajaan PAS, kerajaan DAP atau lain-lain kerjaan untuk masa depan anda.

Sekarang saya memilih satu parti sahaja untuk diundi, bukan satu kerajaan untuk diundi. Tapi itulah yang berlaku di kampung saya keatas makcik dan pakcik.
Katanya saya tidak mengenang jasa kerajaan. So siapa kerajaan bagi mereka? Umno lah kerajaan, dan kerajaan itulah Umno. Tak boleh pilih lain dari kerajaan (Umno).
Hasilnya pada hari ini, sebahagian besar generasi muda memilih untuk tidak memilih kerajaan dan memilih parti yang mereka sedar dan tahu akan membela masa depan negara.

Hanya generasi dahulu yang masih lagi rela dihidangkan dengan tv dan sekadar kenal akhbar Utusan, B. Barian sahaja dan lain-lain sahaja yang akan menjadikan kerajaan hari ini terus berkuasa.

]]>
Surat Pembaca Sat, 11 May 2013 05:10:53 +0000