Ketika saya memasuki alam pekerjaan, kereta proton telah pun wujud. Ketika itu untuk membeli sesebuah kereta memerlukan wang yang banyak kerana harga kereta memang mahal berbanding nisbah gaji.

Untuk mendapat kereta baru, seseorang itu perlu mengorban 1/ 3 daripada gajinya. Bagi seorang graduan, kereta sedan yang paling sesuai dengan gajinya pada ketika itu hanyalah kereta proton, dan pinjaman 7 hingga 9 tahun. Untuk membelinya seseorang itu perlu pula membayar 10 peratus wang pendahuluan. Pembeli pula kadang kala terpaksa menunggu berbulan-bulan sebelum mendapat kereta yang dibeli.

Itu sahajalah yang termampu – menghabiskan 1/ 3 gaji untuk sebuah kereta sedan yang mutunya tidak seberapa – tidak termasuk lain-lain kos penjagaan, cukai jalan, minyak, tol dan sebagainya.

Pada ketika itu, kebanyakan rakyat terpaksa menerima sahaja. Walaupun ramai yang tidak puas hati dengan harga kereta yang mahal, mereka tiada saluran untuk menyatakan perasaan tidak puas hati. Sehingga tahun-tahun 2000, kesedaran rakyat makin tinggi dan pembangkang di Malaysia semakin mendapat tempat.

Akhirnya, setelah sekian lama rakyat diperkotak-katikkan, tawaran pembangkang yakni Pakatan Rakyat dalam manifestonya akan menurunkan harga kereta amat-amat ditunggu. Cukuplah lebih 55 tahun kami ditindas tanpa apa-apa pembelaan.

Walalupun BN turut menawarkan penurunan harga kereta, hakikatnya tawaran itu sudah terlewat. Kalau BN benar-benar prihatin, kenapa tidak turunkan dari dahulu sahaja. Tambahan pula tawaran Pakatan rakyat lebih menarik, jelas dan lebih dipercayai.

Pakatan Rakyat akan menurunkan cukai eksais secara berperingkat dengan bertujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun, sementara BN hanya menurunkan harga sekitar 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

Kami sememangnya menunggu saat-saat itu dan moga-moga Pakatan rakyat menang PRU13 nanti!

KOLUM




eHarakah

Please update your Flash Player to view content.