Sejak Disember 2012, Australia menjadi negara pertama di dunia sejak suku akhir 2012 yang mengarahkan semua produk tembakau dijual dalam bungkusan kosong untuk kotak rokok tanpa sebarang bentuk jenama seperti warna, imej, logo korporat dan tanda perniagaan.

 

Walaupun ia pertama kali dicadangkan di New Zealand pada 1989 dan kemudiannya di beberapa negara, pihak berkenaan teragak-agak mengenai cadangan kotak rokok kosong itu sehinggalah Australia mengambil langkah pertama. Sikap teragak-agak ini berikutan cabaran besar dan ancaman terbuka yang dibuat oleh syarikat tembakau terhadap kerajaan.

 

Kerajaan Australia tidak terkecuali. Syarikat tembakau mengancam untuk menurunkan harga. Mereka juga turut mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman kerajaan. Bagaimanapun, kerajaan Australia memberikan keutamaan yang tinggi kepada kesihatan awam dan sanggup berdepan dengan semua cabaran daripada industri tembakau, yang semuanya gagal satu demi satu. Ketika kritikan awal menganggap cabaran daripada industri tembakau akan menjejaskan kerajaan Australia, realiti adalah sebaliknya.

 

Kejayaan ini telah menggalakkan Kerajaan Turki, India, New Zealand, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Kanada, Norway dan Perancis turut melaksanakan kotak rokok kosong. Negara seperti New Zealand mungkin akan melaksanakan sebelum akhir tahun ini.

 

Malaysia perlu menjadi negara yang seterusnya melaksanakan pembungkusan kosong untuk kotak rokok sebelum akhir tahun. Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan mestilah melaksanakannya sebelum akhir tahun dan segera melakukan kerja ke arah itu. Ini adalah janji pilihan raya yang penting memandangkan ia akan menentukan berapa banyak nyawa yang akan diselamatkan dan berapa banyak tahun kesakitan yang akan dikurangkan bagi perokok di negara di mana separuh daripada lelakinya merokok.

 

Kotak rokok terbukti mempengaruhi golongan muda untuk merokok. Di negara seperti Malaysia di mana 50 remaja di bawah usia 18 tahun merokok setiap hari, dasar baru ini akan memperlahankan aktiviti merokok. Perokok juga berpendapat kotak rokok kosong mencegah mereka daripada merokok. Memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah antara negara yang mempunyai perokok yang tertinggi di dunia, mestilah terdapat dasar yang kuat untuk  mengurangkan kadar wabak merokok secara drastik.

 

Sehingga ke hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mempunyai keyakinan bahawa dasar ini boleh dicapai dalam tempoh dua dekad, menjadikan kita terkejut dan bertanya apakah gunanya dasar merokok kebangsaan pada masa ini jika ia tidak memberikan hasil. Pembungkusan kosong untuk kotak rokok bukanlah penyelesaian ajaib tetapi satu penyelesaian yang kuat dan amat diperlukan oleh Malaysia dengan segera.

KOLUM




eHarakah

Please update your Flash Player to view content.