Mustika Hadis vs pimpinan Umno
| ., |
|
WAJIB MENJAGA DAN MEMELIHARA JANGAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM
PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM
Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian.
Bahagian Pertama - Iktikad
Bahagian Kedua - Perkataan
Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama-nama Allah, sifat-sifatNya, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya, ayat-ayatNya dan hukum-hukumNya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasulNya.
Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama’ mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.
Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:
1. “Hukum apa ini?”
2. “Hukum ini sudah lapuk”
3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalang kemajuan”
4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus” (Menutup aurat)
5. “Berzina kalau suka sama suka apa haramnya?”
6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?”
7. “Berjudi kalau masing-masing sudah menerima untuk untung ruginya apa salahnya?”
8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju.”
9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab”. Apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. selepas makan menjilat sisa makanan di jarinya.
10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – Apabila diberitahu bahawa memotong kuku itu adalah sunat.
11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak”. – semasa ia mendengar azannya.
12. Membaca ayat-ayat suci, hadith nabi dan nama-nama tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya suatu yang menjadikannya kafir, sebagaimana diterangkan oleh hadith Ibni Umar yang diriwayatkan oleh Muslim. |
|
KENYATAAN PEMIMPIN UMNO YANG MEMPERSENDA SYARIAT
"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan."
"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."
"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik."
"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."
"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."
"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."
"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".
"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."
Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."
"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."
"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."
"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."
"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."
"PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid."
"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."
"Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."
"Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu." |
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

