Jangan pandang ringan isu daging kuda
| SM Mohamed Idris, |
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa rakyat Malaysia supaya tidak memandang ringan isu daging kuda yang menggegarkan Eropah baru-baru ini dan tidak memakan produk daging terutama sekali, burger, salami, sosej dan daging dalam tin sehingga pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa daging itu bebas daripada sebarang bentuk pencemaran.
Kementerian Pertanian, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi perlu bekerjasama dan memantau semua produk daging termasuk makanan segar, yang diproses dan yang ditinkan yang masuk ke negara ini.
Produk daging perlu diuji untuk menghapuskan kebimbangan berhubung pencemaran dan hasil ujian yang dibuat mestilah didedahkan kepada umum.
CAP juga menggesa Kerajaan Malaysia dengan segera menubuhkan Agensi Pusat Pengesahan Makanan bagi membolehkan semua makanan yang diimport menjalani pemeriksaan dan ujian yang lebih ketat sebelum dijual di negara kita.
Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

