Please update your Flash Player to view content.
hanya laman web ini
Pengerusi SPR tidak perlu menunggu titah Yang Dipertuan Agong untuk meletakkan jawatan. | | Kelantan akan meneruskan projek Lebuhraya Rakyat yang telah dirancang sebelum ini. | | Sultan Kelantan meminta kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak dengan baik.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.

Terharu baca sirah Rasulullah

Muhammad Adam Lee bin Abdullah,

Saya amat bersyukur lantaran terpilih sebagai antara pengikut Rasul termulia yang menjadi penyempurna sekalian perutusan para anbiya' sebelumnya. Selawat dan salam saya tujukan kepada Baginda SAW, juga kepada ahli keluarga, para sahabat, sekalian saudara-saudara Baginda daripada kalangan para Nabi dan Rasul sebelumnya, serta para tabi'in dan mereka yang menuruti jejak mereka dari masa ke masa hingga ke hari qiamat.

Terharu sekali saya meneliti artikel “Untukmu Ya Rasulullah” susunan Dr Azman Ibrahim dalam laman web beliau http://www.drazmanibrahim.com. Jika hendak diimbas dan dinukilkan sirah Baginda SAW ini, sememangnya suatu coretan perjalanan kehidupan berliku nan panjang walaupun usianya sekadar 63 tahun.

Seperti yang penulis artikel ini nukilkan, perjuangan Baginda SAW ini tidak sunyi daripada perit-jerih dan menanggung penderitaan jiwa; tetapi, uniknya Baginda seorang yang teramat penyabar. Antara buktinya, selepas berjaya menawan Makkah, sekalian penentang Baginda sejak pelantikan menjadi Rasul itu tertunduk malu, bagaikan menanti kiranya Baginda SAW akan menjatuhkan hukuman setimpal. Tetapi, yang mengharukan mereka ialah Baginda mengisytiharkan bahawa mereka sekalian bebas tanpa dibalas sedikit pun. (Kalau ada pun yang dihukum, hanya hukuman qisas atas kesalahan dan keingkaran para penderhaka terhadap hukum-hakam Allah sahaja).

Marilah kita berfikir merenung sejenak. Adakah wajar insan pilihan Ilahi ini dipersenda lagi dihina? Sejarah sememangnya telah membuktikan bahawa para musuh daripada kalangan Yahudi dan Nasrani akan tetap memusuhi umat Muhammad ini sehingga umat ini menuruti jejak mereka sebagaimana juga yang telah dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120.

Dengan ini, saya ingin sekali mengingatkan diri saya khasnya serta sekalian Muslimin dan Muslimat agar bersama-sama kita mencintai Baginda SAW dalam segala aspek kehidupan, kerana Baginda insan pilihan, sekaligus menjadikan kita umat pilihan. Jangan sekali-kali kita memandang remeh sebarang bentuk penghinaan dan persendaan daripada sesiapa juga terhadap Baginda SAW; kelak dikhuatiri terhapusnya pahala amalan kita serta terhijabnya hati kita daripada hidayah-Nya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla