hanya laman web ini
Puluhan ribu membanjiri Padang Timur, Petaling Jaya bagi menyertai Himpunan Suara Rakyat 505. | | Tsunami tauke Cina sedang berlaku di Petronas, kata kaki tangan syarikat minyak nasional itu. | | PRU 13 saksikan muafakat Pakatan Rakyat yang terbaik, kata Anwar Ibrahim. | | Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail mendakwa gambar blackout adalah asli dan berlaku di Sek Keb Serdang di Saluran 3.

Apa perlu slot drama sensasi sebelum Maghrib?

Syed Abdullah Jamalullail,

Apakah perlu tayangan slot drama sensasi di TV3 dan TV lain di waktu puncak sebelum masuknya azan Maghrib hingga membawa kepada masa warta berita perdana jam 8.00 malam?

 

Disebabkan drama itu ramai suri rumah tangga dan keluarga tertonggok di depan kaca TV hingga abaikan solat atau melambatkan solat Maghrib. Itulah hebatnya drama yang boleh melalaikan umat Islam yang sepatutnya bersedia untuk bersolat apabila mendengar azan.

 

Walaupun ianya nampak seolah-olah sebagai perkara kecil tetapi ingat apabila kita kerap melalaikan tentang kewajipan sebagai umat Islam lama-lama ianya menajdi tabiat semula jadi serta menjadi malas dan akhirnya tinggal terus solat Maghrib.

 

Bukan setakat itu sahaja kadang kala persiapan makan malam untuk suami pun terpaksa dilambatkan hanya kerana drama Melayu yang jadi tarikan di masa puncak waktu Maghrib.

 

Diharap TV3 dan TV lain termasuk TV swasta dalam rancangan Melayunya tukarkanlah program sebelum Maghrib hingga berita jam 8.00 malam dengan rancangan agama saperti bacaan ayat suci Al-Quran, ceramah ringkas dan zikrullah atau pun rancangan yang ada kaitannya yang boleh manfaatkan kehidupan harian penonton terutama sekali di bulan yang mulia dan berkat ini.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla