hanya laman web ini
Berita 'Khairy tunjuk belang di hari pertama jadi menteri' pecah rekod Harakahdaily; mendapat 5,414 likes, 318 komen dan 43815 klik dari facebook dan twitter sahaja. | | Rakyat dapat rasa GST selepas berjaya menangkan BN dalam PRU 13. | | Muhyidin tiada cara lain untuk selamatkan diri melainkan lawan. | | Khalid sahkan kouta Exco Selangor PAS 4: PKR 3: DAP 3 |

Jenayah: Berpijaklah di bumi nyata

Muhammad Gombak,

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang selamat dan rendah kadar jenayahnya boleh dipertikaikan.

 

Hal ini kerana, bukan sahaja rakyat marhaen seperti saya yang meragui kenyataan tersebut, malah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut mempertikaikannya. Hakikatnya, kenyataan itu tidak berpijak di bumi nyata dan jauh daripada realiti sebenar yang dilalui oleh rakyat.

 

Jika mahu disenaraikan kes jenayah berprofil tinggi yang berlaku dalam minggu ini sahaja mungkin tidak cukup dengan jari tangan. Hal ini kerana, jenayah berlaku tidak kira tempat dan masa, luar rumah atau dalam rumah.

 

Secara peribadi, saya sendiri akan sentiasa mengunci pintu rumah tidak kira siang atau malam, sama ada ketika ada di rumah atau keluar bekerja. Semuanya kerana “perasaan” tidak selamat dan jenayah seperti rompakan boleh berlaku pada bila-bila masa.

 

Jiran saya pernah melalui saat getir apabila dirompak pada siang bolong (waktu tengah hari) ketika suaminya keluar bekerja. Dia yang merupakan suri rumah sepenuh masa tidak menjangkakan kejadian itu boleh berlaku. Dia yang tidak mengunci pintu pagar dan pintu rumah telah diserbu beberapa lelaki dan merompaknya.

 

Jiran-jiran yang lain menyangka saudaranya datang melawat. Mereka hanya mengetahui keadaan sebenar apabila dia keluar rumah dan menjerit meminta pertolongan sambil cuba mengejar lelaki yang berkereta itu.

 

Tidak mustahil kejadian yang sama turut berlaku di mana-mana dalam negara Malaysia yang dikatakan “selamat” ini.

 

Semua ini berlaku kerana kita tidak yakin dengan janji Allah dan syariat-Nya  yang diturunkan melalui Nabi Muhammad SAW. Dalam Islam, cukup mudah untuk menangani masalah seperti ini. Allah SWT telah mewajibkan pemerintah Islam melaksanakan undang-undang jenayah Islam seperti hudud, qisas dan takzir.

 

Jika pemerintah mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tersebut, Allah telah berjanji bahawa Dialah yang akan mencegah jenayah tersebut daripada berlaku. Hal ini kerana, Allahlah yang menurunkan perasaan takut dalam diri manusia daripada melakukan jenayah.

 

Yang menjadi masalah ialah apabila kita tidak yakin dengan janji Allah, khususnya dalam konteks Malaysia Umno-BN tidak yakin bahawa syariat Allah mampu mencegah jenayah daripada berlaku. Oleh itu, saya berharap rakyat Malaysia yang beragama Islam memberi kepercayaan kepada PAS untuk menerajui negara dan seterusnya melaksanakan undang-undang Islam ini.

 

Saya yakin 100 peratus, selepas itu kejadian jenayah akan berkurangan secara mendadak.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla