Please update your Flash Player to view content.
hanya laman web ini
Pengerusi SPR tidak perlu menunggu titah Yang Dipertuan Agong untuk meletakkan jawatan. | | Kelantan akan meneruskan projek Lebuhraya Rakyat yang telah dirancang sebelum ini. | | Sultan Kelantan meminta kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak dengan baik.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.

Tandas ‘antara dua darjat’

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail,

Ada dua kategori atau bolehlah diistilahkan sebagai 'antara dua darjat' tandas awam di Malaysia ini iaitu tandas awam yang berbayar yang diselenggarakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga tandas yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak pentadbiran Lembaga Lebuhraya dengan tandas awam di pusat gedung membeli-belah yang canggih dan moden saperti KLCC serta di hotel bertaraf 5 bintang.

 

Kalau di tandas awam di tempat kawasan awam yang dikenakan bayaran tertentu yang sudah tentu lazimnya digunakan oleh orang awam di semua peringkat umur di mana tandasnya adalah mempunyai ciri-ciri Islam sedikit yang mempunyai paip getah atau gayung untuk mereka yang beragama islam memudahkan 'bersuci' menggunakan kaedah air.

 

Tetapi yang menjadi tanda tanya untuk tandas awam yang lazimnya digunakan oleh golongan bertaraf 'orang berada' termasuk yang menggunakannya adalah terdiri daripada umat Islam itu sendiri, adakah mereka yang Islam ini juga menggunakan kaedah memakai tisu tandas untuk membersihkan kekotoran mengikut kaedah cara bukan Islam itu juga?

 

Atau mungkin juga membawa botol besar air mineral bersama apabila hendak berhajat ke tandas sedemikian itu.

 

Diharap pihak Jakim atau Jabatan agama islam dan juga kerjasama PBT memberikan arahan atau pun panduan supaya semua hotel bertaraf 5 bintang dan tempat-tempat eksklusif yang lain supaya menyediakan di setiap bilik tandas awam mereka dengan memasangkan paip air beserta dengan getah paip atau gayung untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna tandas tersebut yang beragama Islam.

 

 

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla