KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat ingin menegaskan bahawa para perajurit kita adalah wira negara yang mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

 

“Mereka adalah syahid di atas dunia lagi, dan diberikan penghormatan seperti syahid. Najib hanya memanggil mereka sebagai syahid akhirat sahaja!” tegas Ketuanya, Datuk Harun Taib dalam satu kenyataan ringkas.

 

Menurut beliau, Najib yang juga merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno telah merendahkan martabat para perajurit dengan menyamakan pengorbanan mereka dengan kematian seorang yang lemas, orang yang mati kebakaran, wanita yang mati melahirkan anak dan seumpamanya seperti yang dijelaskan oleh para ulama.

 

Berita berkaitan perkara itu oleh Najib dan Ustaz Harun sebelum ini.

Share on Myspace