KOTA KINABALU: Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah mengajak seluruh rakyat Malaysia mengadakan solat hajat momemohon keselamatan khususnya kepada semua pihak yang terlibat dalam insiden yang sedang melanda Lahad Datu, Sabah.

Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah Ustaz Nuruddin Ibrahim berkata, solat hajat tersebut boleh dibuat secara berjamaah mahupun bersendirian supaya Allah SWT menyelamatkan negara kita khususnya Sabah daripada musibah dan bala bencana.

"Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah mencadangkan agar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri ini mengadakan solat hajat pada masa tertentu.

"Kepada Allah SWT kita semua berserah," katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina itu.

Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut.

Share on Myspace