hanya laman web ini
Berita 'Khairy tunjuk belang di hari pertama jadi menteri' pecah rekod Harakahdaily; mendapat 5,414 likes, 318 komen dan 43815 klik dari facebook dan twitter sahaja. | | Rakyat dapat rasa GST selepas berjaya menangkan BN dalam PRU 13. | | Muhyidin tiada cara lain untuk selamatkan diri melainkan lawan. | | Khalid sahkan kouta Exco Selangor PAS 4: PKR 3: DAP 3 |

| Print |

Treler Negara Berkebajikan PAS di Putrajaya hari ini

Salmiyah Harun, 02 Mac 2013

PUTRAJAYA: Treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS yang digelar Optimus Prime buat julung kali hari ini berada di Putrajaya bermula awal pagi sehingga tengah malam nanti.

 

Pelbagai acara menarik diadakan sepanjang hari ini bermula dengan acara mewarna kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun.

 

Seramai 20 kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna di atas pentas treler, mereka turut dihiburkan dengan kehadiran maskot Pasti Hadi dan Huda yang turut bersama mereka di atas pentas.

 

Pelbagai acara diadakan antaranya semakan daftar pemilih, pemeriksaan kesihatan dari Perubatan Islam Darussyifa'.


(Kanak-kanak menyertai pertandingan melukis di atas pentas treler)

 

Orang ramai cukup teruja dengan kehadiran Optimus Prime di tengah-tengah pusat perniagaan Presint 15 apabila masing-masing mengambil gambar sebagai kenangan.

 

Treler ini berada di Presint 15 dari jam 9.00 hingga 12.00 tengah hari, kemudian ke Dataran Putrajaya antara 2.30 hingga 6.30 petang.

 

Pada malam nanti Optimus Prime akan berada di tapak pasar malam Presint 2 dengan program ceramah yang akan disampaikan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, YDP PAS Putrajaya Nazir Zakaria dan Ketua PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla