Please update your Flash Player to view content.
hanya laman web ini
Pengerusi SPR tidak perlu menunggu titah Yang Dipertuan Agong untuk meletakkan jawatan. | | Kelantan akan meneruskan projek Lebuhraya Rakyat yang telah dirancang sebelum ini. | | Sultan Kelantan meminta kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak dengan baik.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.
Please update your Flash Player to view content.

| Print |

PRU13: Tidak mustahil PR menang di kawasan Felda

Hazayani Zakaria, 20 Feb 2013

 

KUALA LUMPUR: Tidak mustahil kebanyakan kawasan Felda jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin (gambar kiri).

Beliau berkata, jika melihat sejarah PRU Ke-10 pada tahun 1999, peneroka Felda, petani dan pesawah pernah memilih Barisan Alternatif (BA) menunjukkan mereka bukan pengundi tegar BN.

"Kalau lihat sejarah, Jengka pernah kalah. Mungkin isu pada ketika itu berbeza, isu harga kelapa sawit terlalu rendah dan sebagainya.

"Tapi sekarang isu itu masih ada, isu penyenaraian saham, harga kelapa sawit rendah dan sebagainya. Jadi semua isu itu memberikan kesan walaupun pelbagai kaedah dilakukan untuk pertahankan institusi tersebut.

"Tapi saya yakin kalau ianya pernah berlaku tak ada masalah untuk ianya berlaku sekali lagi," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan seorang peserta yang mempersoal kemampuan Pakatan Rakyat meraih sokongan peneroka terhadap mereka pada Forum PRU Ke-13: Kecemerlangan BN atau PR di Universitii Malaya, semalam.

Pada PRU Ke-10, BA menang di lapan kerusi Dun iaitu PAS (6), DAP (1) dan PKR (1).

Lima daripadanya adalah kawasan Felda iaitu Jengka, Paya Besar, Tahan, Guai dan Chini.

Daripada 10 pusat pengundian, PAS memenangi enam daripadanya iaitu peti undi Jengka 11,15,17,18, 19 dan Bandar Jengka.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla