KUALA LUMPUR: Kerajaan BN boleh disifatkan sebagai 'kerajaan haram' kerana menang melalui penipuan di Sabah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah pada tahun 90-an dahulu secara jelas bertujuan memenangkan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Justeru tegasnya, rakyat mesti menjatuhkan kerajaan BN melalui PRU 13 dan memastikan tida berlaku penipuan dalam proses pilihan raya.

"Skandal beri kad pengenalan dan daftar pemilih (di Sabah) betul-betul untuk memenangkan BN. Kalau satu juta orang didaftar di Sabah untuk memenangkan BN, ertinya kerajan BN sekarang ini kerajaan haram kerana menang secara haram di Sabah.

"Oleh sebab itu rakyat Malaysia mesti menjatuhkan kerajaan haram ini dalam pilihan raya akan datang," kata beliau sewaktu berucap di Majlis Minum Petang Pasca Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 anjuran Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju semalam.

Mohamad juga berkata, akibat skandal pemberian kad pengenalan itu, beberapa orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana tidak mahu ia terbongkar.

"Kalau ikutkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah orang yang paling khianat kerana terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan ini.

"Masa saya ditahan di Kem Kamunting dahulu, ada beberapa orang ditahan di bawah ISA kerana membuat kad pengenalan.

"Sepatutnya mereka didakwa di mahkamah kerana mengkhianati negara. Tapi kenapa di bawah ISA? Sebab kalau diakwa di mahkamah akan terbongkar skandal buat kad pengenalan ini," katanya.

Rakyat jadi Pemantau

Sementara itu, dalam majlis yang sama, ahli jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais berkata, semua orang berperanan sebagai pemantau sewaktu hari mengundi bagi mengenal pasti kewujudan pengundi hantu.

"Pemantau memang memerlukan bantuan semua orang. Hari mengundi nanti semua pakai baju kuning, hijau dan merah, keluar dan perhatikan pengundi hantu yang hadir dengan pelbagai cara," katanya.

Katanya, jika masih berlau penipuan pada PRU 13, rayat akan turun ke jalan raya sekali lagi bagi membantah pilihan raya yang tidak telus.

"Kerajaan hari ini kerajaan haram kerana undi popular adalah di Semenanjung. BN hanya menang besar di Sabah. Jadi Najib jangan cakap besar dan kalau mereka tipu lagi, kita akan turun lagi ke jalan raya," katanya.

Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad, Yang DiPertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Dr Rainey, Penyelaras Parti Keadilan Rakyat Cabang Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

 

Share on Myspace