PAS bersama air mata rakyat Palestin
| 22 Feb 2012 |
Seperti yang ditegaskan Mursyidul Am PAS, PAS sekali lagi ingin menegaskan pendirian parti bahawa kita tetap bersama rakyat di Palestin yang berjuang bagi mendapatkan balik hak negara mereka yang telah dirampas oleh rejim Israel.
Keselamatan rakyat Palestin tetap menjadi agenda utama, kerana nyawa, harta dan tanah air mereka terus diganyang oleh Israel. Justeru semua pihak perlu memberi jaminan keselamatan kepada rakyat Palestin dari kebiadaban rejim Israel.
Sekali lagi ditegaskan, bagi PAS apa jua perancangan masa depan negara Palestin hendaklah mengambil kira pendirian Hamas yang telah menerima mandat rakyat.
PAS juga menolak road map yang ditaja oleh kuasa Barat dan mana-mana pihak yang terlibat, yang sedang memaksakan penyelesaian road map ke atas Palestin dan seluruh dunia.
Maka PAS bersama tangisan, air mata dan derita rakyat di Palestin bagi memperjuangkan sebuah negara merdeka.
PAS mengecam tindakan bermuka-muka kerajaan Barisan Nasional yang diterajui yang berterusan berurusniaga atau menjalin apa saja hubungan dengan rejim Israel, ketika mana rakyat di Palestin terus dibunuh dan ditekan.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat.
Pejabat Agung PAS,
23 Februari 2012.
