Pembunuhan duta tak ubah bantah umat Islam
| Subky Latif, | 19 Sep 2012 |
Mahu tidak mahu Amerika mesti memikul tanggungjawab atas jenayah bedebah rakyat menerbitkan filem anti-Islam Innocence of Muslims yang mencerca Nabi SAW dan menghina Islam.
Amerika mesti menghantar wakil khas ke setiap Negara Islam, minta maaf secara terbuka atas penghinaan itu dan bertindak terhadap si keparat itu. Filem terkutuk itu mesti dimusnahkan.
Sekadar polis menahan dan mengurung pembuat filem tidak memadai. Malah umat Islam ragu Amerika dapat mengenakan hukuman yang seadilnya kepada bedebah itu.
Yang dijamin dapat mengenakan hukuman yang adil kepadanya ialah perundangan dan mahkamah Islam sendiri. Justeru, umat Islam boleh mengemukakan tuntutan supaya dia dibicara dan dihukum oleh sistem keadilan di mana-mana wilayah umat Islam.
Tentu Amerika tidak akan setuju. Maka umat Islam mesti mengenakan tekanan kepada Amerika supaya menyerahkannya kepada keadilan Islam.
Jika Amerika boleh menuntut mana-mana yang disyaki anasir alqaeda di Negara-negara Islam diserahkan kepada Amerika, dan Amerika mengira ia adil dan menasabah, maka apa tidak logiknya dan masalahnya bagi umat Islam menuntut Ameerika menyerahkan rakyatnya durjana itu kepada masyarakat Islam.
Pernah berlaku seorang muslimat yang beribu batu jauhnya dari pusat pentadbran Khalifah ar-Rasyidin dihina oleh peniaga Yahudi di tengah pasar hingga pakaian menutup auratnya terbuka lalu terdedah auratnya.
Muslimat itu berteriak agar Khalifah datang membela aibnya. Suara muslimat didengar oleh Khalifah. Khalifah datang dari beribu batu untuk menebus maruah seorang rakyatnya yang dihina dan dimalukan.
Jika Islam telah bertindak membela maruah seorang rakyatnya, seorang wanita biasa, maka apa Islam tidak sedia membela maruah Nabi dan Islam yang dihina bagi meleltakkan Islam itu pada kedudukan maruah yang mulia dan dipandang tinggi?
Tidak cukup umat Islam sekadar bangkit berdemonstrasi beratus juta di seluruh dunia dan padan dengan terbunuhnya seorang duta Amerika di Libya. Semua kuasa Islam d bawah induk OIC mesti bangun meminta Amerika menyerahkan rakyatnya jahat itu.
Islam akan memberi jaminan keadilan yang seadilnya kepadanya. Islam tidak akan menzaliminya seperti yang Amerika lakukan terhadap tahanan di Teluk Guantanamo dan di kem tahanan Amerika yang kejam di Baghdad terhadap tawanan Islamnya.
Belum tentu dia akan dibunuh walaupun hukum mati termasuk antara hukumnya. Tidak semudah itu Islam mnjatuhkan hukuman bunuh kepada petuduh dan orang yang telah disabitkan dakwaan terhadapnya.
Prinsip mahkamah Islam yang utama ialah bukan hendak menghukum orang yang didakwa. Langkah awalnya ialah mencari jalan bagaimana yang dituduh dapat dibebaskan?
Malah seorang perempuan yang mengaku berzina, pengakuannya sah hingga dia melahirkan anak, Rasulullah SAW tidak terburu-buru menghukumnya. Baginda tangguhkan pelaksanaan hukuman ke atasnya. Dan apabila telah dipastikan wanita itu telah taubat, maka hukuman terhadapnya dibebaskan.
Seburuk manapun jahat dan hasad pembuat filem itu, dia tidak akan dizalimi sebaik diserahkan kepada mahkamah Islam. Jika dia disabitkan dengan hukuman mati dan hukuman itu tidak dapat dielakkan, ia adalah keadilan memaksanya jadi begitu.
Tetapi orang sabit salahnya wajar diberi peluang kedua, mana tahu dia insaf dan menyesal atas kebodohannya, dia taubat dan menerima keadilan Islam sebagai paling unggul, mungkin dia dapat dibebaskan.
Ramai mana orang Yahudi dan musyrikin Makkah menerima Islam kerana mendapat layanan yang adil daripada mahkamah Islam.
Amerika mesti melihat kebangkitan umat Islam secara terbuka. Ia bukan dibuat kerana anti-Amerika. Tetapi untuk berdakwah kepada Amerika melalui keadilan mahkamah Islam.
Amerika jangan alihkan kematian dutanya di Libya gaga-gara kebangkitan Islam hingga melihat demonstrasi besar-besaran itu bagi menjustifikasi Islam itu sebenarnya ganas. Amerka tidak boleh tutup kejahatan pembuat filem itu dengan kematian dutanya. Pembunuhan itu tetap dikecam tetapi kebangkitan menyeluruh itu adalah demi keadilan.

| < Prev | Next > |
|---|
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.