MH17: PAS gesa buat sambutan negara terhadap jenazah

HARAKAHDAILY | 24 Julai 2014

IMAGE

PAS mencadangkan kepada pihak kerajaan Malaysia untuk membuat sambutan negara terhadap jenazah rakyat Malaysia yang akan tiba ke negara ini.

PERISTIWA

Please update your Flash Player to view content.

ENGLISH SECTION

Please update your Flash Player to view content.

All Asean boycott and BDS campaign launched against Israel

Mohd Azmi Abdul Hamid, MAPIM President | 24 Julai 2014

The Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations (MAPIM) is calling for an All Asean boycott of all Israeli related products and services . The campaign is linked to the Boycott...

Projek IC Sabah lebih bahaya dari cadangan Tun M

Nasrudin Hassan .

Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya ‘Kampung air’, rangkaian rumah yang dibina di atas di atas batang kayu di pantai Sabah diharamkan. Alasannya kerana ia boleh digunakan untuk pencerobohan asing dan menyumbang kepada pencemaran.

Cadangan Tun Dr Mahathir amat baik, kerana ia berusaha mengelakkan kejadian serupa di mana anggota keselamatan yang diserang hendap dan dibunuh di kawasan kampung air berulang. Aspek keselamatan negara perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa dan kerajaan perlu mengambil iktibar dari kes yang berlaku di Semporna tempohari. Kesan dari rumah air mewujudkan perkampungan haram serta penceroboh dengan mudah menyusup masuk melalui kenalan dan rakan-rakan mereka di kampung tersebut. Ia juga merosakkan pantai dan menyebabkan perairan negara tercemar.

Namun demikian, sebenarnya ancaman yang paling berbahaya adalah dengan adanya projek rahsia pemberian kad pengenalan kepada warga asing seperti yang didedahkan oleh beberapa individu kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat mengenai projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Projek tersebut dijalankan pada tahun 1980an dengan penglibatan pegawai tinggi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta beberapa pegawai kerajaan yang lain. Lebih memeranjatkan ianya juga melibatkan bekas pemimpin tertinggi negara. Motif mereka adalah untuk membolehkan pendatang asing mendapat hak kerakyatan dan sekaligus membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya umum. Untuk memenangkan sebuah gabungan parti politik, mereka sanggup menggadaikan kedaulatan negara. Berbaloikah tindakan mereka? Soalnya, siapakah Perdana Menteri ketika itu jika tidak Tun Dr Mahathir Mohamad?

Mengapa sekarang baharu Tun Dr Mahathir Mohamad melenting dan menggelabah dengan mencadangkan pelbagai perkara sedangkan apa yang berlaku di era beliau menjadi PM jauh lebih berbahaya dari cadangannya sekarang?  Apa tindakan beliau tatkala mengetahui projek tersebut berlaku dan mengapa beliau tidak mencegahnya dari awal lagi?

Sepatutnya Tun Dr Mahathir merasa kesal dan insaf terhadap projek yang pernah dilakukan di zamannya dahulu. Ibarat senjata makan tuan, projek IC kepada pendatang asing menjadi sebab mengapa penceroboh sukar dikenalpasti atau ditangkap. Kebanyakan daripada pengganas tersebut kini telah mempunyai kad pengenalan yang sah dan mereka boleh bergerak merata-rata tempat di Sabah bahkan di Semenanjung Malaysia. Tidak mustahil pula suatu hari nanti akan ada serangan di kawasan lain yang gagal ditangkis oleh pasukan keselamatan kerana sukar membezakan antara rakyat tempatan dengan warga asing.

Melihat kepada kerosakan besar yang ditanggung oleh pasukan keselamatan negara, menangisi pasukan tentera dan polis yang terkorban, ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang, anak dan isteri kehilangan tempat bergantung,  serta ketenteraman awam rakyat di Sabah yang semakin terancam,  amat wajar petualang yang sanggup menjual kedaulatan negara melalui projek pemberian IC dahulu dihukum dengan hukuman yang berat. Ia termasuk bekas-bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan serta pemimpin negara.