hanya laman web ini
Berita 'Khairy tunjuk belang di hari pertama jadi menteri' pecah rekod Harakahdaily; mendapat 5,414 likes, 318 komen dan 43815 klik dari facebook dan twitter sahaja. | | Rakyat dapat rasa GST selepas berjaya menangkan BN dalam PRU 13. | | Muhyidin tiada cara lain untuk selamatkan diri melainkan lawan. | | Khalid sahkan kouta Exco Selangor PAS 4: PKR 3: DAP 3 |

Tahniah pencinta Nabi, terima kasih menjayakan

Nasrudin Hassan, 21 Sep 2012

Xpresi Hijau Kasih Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mendapat respon positif daripada seluruh rakyat Malaysia. Xpresi rasa cinta kepada Junjungan Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam telah dizahirkan di hadapan Kedutaan Amerika usai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji hari ini.

 

Ekspresi ini ternyata memberikan satu semangat kepada umat Islam untuk mempertahankan agama Islam dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dari dijadikan bahan mainan oleh musuh-musuh Allah.

 

Tahniah kepada ribuan peserta “Xpresi Cintakan Nabi” yang hadir. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, semua peserta yang hadir mempunyai satu pendirian yang jelas dan menyatakannya dengan tegas kepada mereka yang cuba menghina Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan Islam.

 

Isu penghinaan ini ternyata bukanlah satu sifat dan sikap yang bertamadun. Justeru, penghinaan yang dihamburkan oleh Sam Bacile ini mendapat kutukan dari seluruh rakyat Malaysia termasuklah daripada Cina dan India.

 

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih kepada YB Tian Chua [PKR] yang mewakili rakyat cina di Malaysia dan juga Saudara N Surenden [PKR] yang mewakili rakyat india di Malaysia. Di samping itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Xpresi Hijau Himpunan Aman Cintakan Nabi antaranya:

 

  1. YB Salahuddin Ayub
  2. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
  3. YB Dr Dzulkifli Ahmad
  4. Ustaz Idris Ahmad
  5. Saudara Hanipa Maidin
  6. YB Nurul Izzah Anwar [PKR]
  7. Wakil Angkatan Muda Keadilan [AMK]
  8. Cikgu Azmi [MAPIM]
  9. Wakil Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir [ILMAM]
  10. Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia [GAMIS]
  11. Angkatan Belia Islam Malaysia [ABIM]
  12. Abby Abadi [Artis]
  13. Pihak Polis
  14. Wartawan [Media]

 

Juga terima kasih tidak terhingga dari Dewan Pemuda PAS Malaysia mewakili sekalian peserta Xpersi HIjau Cintakan Nabi kepada Jabatan Amal yang sedaya upaya mengawal himpunan kali ini dari sebarang provokasi dan juga kekecohan.

 

Seterusnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta setiap negeri untuk mengadakan munajat dan kempen “Cinta Nabi” pada jumaat depan untuk memupuk kecintaan setiap ahli kepada batang tubuh Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.

 

Tahniah buat sekalian pencinta Nabi yang berakhlak di medan. Teruskan perjuangan di landasan yang telah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tinggalkan. Mari kita semarakkan rasa cinta dan rindu terhadap Baginda. Mudah-mudahan Allah akan membuka jalan dan memberikan kemenangan terhadap Islam.

 

Bi al-Ruuh, bi al-Daam nafdiika Ya Rasulallah


Disediakan oleh;

Nasrudin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla