Arahan, peraturan Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW
| Nasrudin Hassan at-Tantawi, | 20 Sep 2012 |
1. Xpresi Hijau Kasih Nabi saw yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Jumaat 21 September 2012 ini adalah aman dan bebas provokasi. [sebarang tindakan provokasi atau mencetus kekacauan, maka ia bukan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia]
2. Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] telah memberi amanah penuh kepada Jabatan AMAL untuk mengawal himpunan agar berlangsung dengan aman dan terkawal. Justeru itu, peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW mestilah mematuhi setiap arahan semasa dan panduan keselamatan oleh pihak Jabatan AMAL Malaysia.
3. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW adalah himpunan aman untuk membantah penghinaan ke atas Nabi SAW dan ia akan dilangsungkan dengan akhlak Islami yang tinggi , beradab dan terkawal tanpa kenyataan dan tindakan provokatif. Say No kepada apa jua bentuk provokasi.
4. Peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW sekali-kali tidak dibenarkan membawa senjata atau apa jua yang merbahaya dan mengancam keselamatan peserta jua orang ramai.
5. Semua peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi saw yang beragama Islam digalakkan hadir dalam keadaan berwudhu' dan berarak dalam saf yang terkawal tanpa mengganggu keselamatan dan ketenteraman pengguna jalanraya.
6. Elakkan diri dari melayan dan terpengaruh dengan apa jua bentuk provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan segera melaporkan apa jua aksi yang berpotensi mencetus kekacauan kepada Jabatan AMAL atau pasukan Peguam DPPM [JUHAM] yang bertugas atau terus kepada pimpinan PAS yang berada di situ.
7. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW akan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan bergerak ke Kedutaan Amerika mengiringi pimpinan PAS [Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden PAS dan DPPM] menyerahkan memorundum Bantahan DPPM terhadap filem jijik menghina Nabi SAW yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW akan berakhir dan bersurai dengan aman pada jam 4.00 petang.
8. Kepada peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW yang menggunakan pengangkutan awam boleh menaikiLRT Putra dan turun di stesen Ampang Park.
9. DPPM mengundang dan mengharapkan semua warga prihatin khasnya NGO-NGO Islam dan bukan Islam untuk bersama menyertai Himpunan Aman Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW.
10. Malam ini [Khamis 20 Sept], DPPM menyarankan agar seluruh ummat Islam bermunajat memohon pertolongan dan kekuatan dari Allah swt di seluruh masjid dan pusat tarbiyah yang berhampiran untuk ummat Islam berdepan dengan ujian bertali arus dari musuh-musuh Islam yang tidak pernah kenal penat dan lelah.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Salam dari:
Aku Pejuang Islam ~API~
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.


