hanya laman web ini
Berita 'Khairy tunjuk belang di hari pertama jadi menteri' pecah rekod Harakahdaily; mendapat 5,414 likes, 318 komen dan 43815 klik dari facebook dan twitter sahaja. | | Rakyat dapat rasa GST selepas berjaya menangkan BN dalam PRU 13. | | Muhyidin tiada cara lain untuk selamatkan diri melainkan lawan. | | Khalid sahkan kouta Exco Selangor PAS 4: PKR 3: DAP 3 |

Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW

Nasrudin bin Hassan, 19 Sep 2012

21 September 2012, di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur

1. Saya telah diaju pelbagai soalan oleh media berkait sikap pemuda PAS  terhadap pelawaan pemuda Umno dalam isu himpunan membantah penghinaan terhadap Rasululla SAW.

2. Suka saya tegaskan bahawa perkara ini bukanlah isu sebenar. Sebaliknya, yang jadi isu ialah penghinaan ke atas Nabi SAW. Adapun, siapa membantah filem yang menghina Nabi itu, turunlah ke kedutaan US Jumaat ini. Habis cerita.

3. Bantahan ini adalah tanggungjawab setiap individu muslim untuk menyatakan sikap terhadap penghinaan terhadap Nabi mereka. Lucunya, kenduri belum lagi bermula, sudah ada yang berebut meja makan. Tunggulah hari kenduri, kemudian datang dan ambillah mana-mana kerusi dan meja kosong. Kenapa mahu bising-bising? Mahu cari publisiti murah?

4.  Kami DPPM sedari awal, sejak Rabu (12 September) lalu telah memutuskan dua program utama dalam menangani isu ini :

i. Himpunan Munajat dan bantah penghinaan terhadap Nabi SAW di seluruh masjid negeri masing - masing pada jumaat (14 September) selepas solat Jumaat.
(Perhimpunan ini telah berlangsung dengan baik, aman dan jayanya)

ii. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW dan bantah penghinaan ke atas Nabi SAW di kedutaan Amerika pada jumaat (21 September) ini. Solat Jumaat di masjid Tabung Haji.

Semua warga perihatin dijemput hadir.

5. Kami telah mengumumkan kepada media tentang kedua-dua program itu sejak Rabu (12 September) yang lalu. Jadi, apa polemiknya ?

6. Tiba-tiba Isnin lepas (17 September), saya dimaklumkan bahawa pemuda Umno ada mengajak pemuda PAS untuk turun berdemontrasi bersama-sama. Itupun saya hanya tahu melalui media. Terima kasihlah kerana menjemput kami. Kalau tiada jemputan pun, Kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah “dijemput" oleh Nabi kami SAW untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaannya, yang dihina sedemikian rupa oleh musuh-musuh Islam. Kalau 17 September baru hendak jemput kami, memang terlalu lambat sebab kami sudah merancangnya segalanya lebih awal.

7. Saya pun hairan, kenapa isu ini dipolemikkan sehingga mengalih pandangan umum daripada isu sebenar atau mereka sengaja mahu mencari political millage dan hendak tunjuk hero kepada masyarakat? Kalau mahu berdemo, turun saja lah, tidak perlu buat bising. Apakah mereka bergantung kepada keputusan  pemuda PAS baru akan turun demonstrasi? Perkara ini bukan isu politik antara parti Umno dan PAS, ini isu penghinaan ke atas Nabi SAW. Maka usahlah polemikkan perkara ini semata-mata mahu membuktikan kamilah wira! Orang kampung semua sudah kenal. Siapa yang serius mahu pertahankan Islam dan kesuciannya dan siapa pula yang hanya mahu mencari political millage dan menggunakan media untuk memposisikan diri.

8. Kami DPPM konsisten dalam membentuk sikap terhadap isu-isu sebegini. Tindakan membantah penghinaan ke atas Nabi SAW adalah kewajipan paling minima yang mesti dilakukan. Justeru, ia bukanlah perbuatan yang sia-sia malah menjadi satu amal yang dikurniakan pahala oleh Allah SWT.

9. Saya sekali lagi menyeru seluruh warga perihatin sama ada muslim mahu pun non muslim agar menyertai himpunan aman membantah provokasi jahat pihak tertentu dengan menghina Islam dan Nabinya SAW di hadapan kedutaan US pada Jumaat 21 September ini .

10. Fokuslah pada isu sebenar. Hadirlah pada 21 September ini, solat Jumaat di Masjid Tabung Haji. Sejurus selesai solat, kita berarak ke kedutaan US. Saya tidak mempunyai cukup masa untuk melayan kerenah orang yang hendak berebut meja makan sebelum masa kenduri. Nak datang, datanglah... Kenapa perlu buat bising dan cipta polemik?  Jumpa anda di sana....

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla