TEMERLOH: PAS Pahang menyenaraikan 11 muka baru yang pertama kali diturunkan bertanding sebagai calon mewakili PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 kali ini.

Calon-calon tersebut melibatkan P79 Lipis dan P87 Kuala Krau. Bagi Dun pula ialah N2 Jelai, N8 Dong, N9 Tahan, N10 Pulau Tawar, N12 Beserah, N16 Inderapura, N24 Luit, N26 Chenor N36 Pelangai.

Berdasarkan pengumuman calon-calon PAS oleh Pesuruhjaya PAS Pahang dalam sidang media khas sebentar tadi, lima calon PAS bakal menghadapi ‘perlawanan ulangan’ PRU 2008.

Mereka ialah Tuan Ibrahim sendiri akan berhadapan calon BN Wan Salman di Jengka, Bendahari PAS Musaniff Abdul Rahman dengan Norul Azali di Guai dan Setiausaha Perhubungan Roslan Zainal kembali menentang Datuk Abdul Rahman Mohd di Padang Tengku.

Selebihnya ialah Othman Bakar berhadapan Khairuddin Mahmud di Pulau Manis dan Mohd Fadzli Mohd Ramly menentang Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain di Tioman.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menaruh harapan tinggi memenangi empat kerusi parlimen dan 15 Dun dengan menampilkan 98 peratus calon lulusan universiti dalam dan luar Negara.

Berikut ialah senarai penuh calon-calon PAS yang diumumkan:


N.2 Jelai Abdul Karim Nor

P.79 Lipis: Mahyudin Ghazali
N.3 Padang Tengku: Roslan Zainal


N.8 Dong: Tengku Shah Amir Tengku Perang

P.81 Jerantut: Dr Hamzah Jaafar
N.9 Tahan: Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin
N.11 Pulau Tawar: Yohanis Ahmad

N.12 Beserah: Andansura Rabu

N.15 Tanjung Lumpur: Rosli Abdul Jabar
N.16 Inderapura: Syed Anis Syed Husain

N.17 Sg. Lembing: Sulaiman Mohd Derus
N.19 Panching: Yusof Embong

N.20 Pulau Manis: Othman Bakar
N.21 Peramu Jaya: Abu Kassim Manaf

P.86 Maran: Mujiburrahman Ishak
N.24 Luit: Mohd Shahrul Nizam Abd Halif
N.26 Chenur: Hasenan Haron

P.87 Kuala Krau: Shahril Azman Abd Halim
N.28 Kerdau: Kamal Shaari
N.29 Jengka: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

P.88 Temerloh: Nasruddin Hassan
N.32 Kuala Semantan: Syed Hamid Syed Mohamad

N.36 Pelangai: Abd Hamid Bahatim

N.37 Guai: Musaniff Abd Rahman


P.91 Rompin: Nuridah Salleh
N.40 Bukit Ibam: Syukri Ahmad

N.42 Tioman: Mohd Fadzli Mohd Ramly

Share on Myspace