Saya mesti mengakui bahawa saya telah tertipu dengan helah Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow dalam permainan politik beliau mencabar saya dalam pertandingan antara kami berdua di Padang Kota.

Jelas sekali kenyataan Teng semalam menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai niat pun untuk menepati cabaran beliau sendiri terhadap saya. Walaupun saya telah menerima syaratnya yang tidak masuk akal iaitu supaya saya bertanding hanya satu kerusi DUN dan tidak bertanding kerusi Parlimen, sebagaimana yang dikehendaki terhadap saya sebagai Setiausaha Agung DAP untuk memimpin parti saya di peringkat nasional.


Terdapat 3 sebab mengapa saya telah terheret ke dalam penipuan politik Teng. Pertama, dia telah mengeluarkan cabaran kepada saya terlebih dahulu. Jika dia kini menafikannya, kenapa dia menetapkan syarat yang tidak masuk akal supaya saya bertanding hanya kerusi negeri, yang saya terima. Tindakan Teng mendakwa bahawa bukan dia yang melontarkan cabaran terlebih dahulu menunjukkan dia tidak mempunyai  keberanian pun untuk mengakui hakikat itu.


Dua, Teng telah pernah menyatakan sebelum ini bahawa "anda mesti bangkit di tempat anda jatuh", yang hanya bermakna bahawa dia akan bertanding semula di Padang Kota. Untuk dia mengatakan bahawa dia bermaksud untuk bangkit di Pulau Pinang dan bukan Padang Kota memperlihatkan dia sebenarnya tidak jujur kerana dia boleh juga maksudkan bahawa dia akan bangkit dari planet Bumi.


Ketiga, dia telah mengumumkan bahawa dia akan menjadi seorang pemimpin yang berbeza dari Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan bersedia untuk bertegas dengan Umno.

Dengan melarikan diri daripada bertanding kerusi sendiri di Padang Kota yang telah disandangnya selama 3 penggal pada tahun 1995 sehingga 2008 menunjukkan bahawa dia hanya bersedia untuk berdiri di belakang Umno.


Tidak kira bagaimana pandai Teng melakukan helah Politiknya, dia tidak boleh lari dari hakikat bahawa beliau sendiri melihat dirinya sebagai wakil Umno dan bukan wakil rakyat, yang jelas berbeza daripada prinsip bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mesti memimpin rakyat dari hadapan dan bukan dari belakang Umno.


Dengan meninggalkan kawasan saya di Air Putih dan memilih kawasan lama Teng di Padang Kota, saya telah memberikan beliau kelebihan yang baik. Padang Kota telah dimenangi oleh DAP dengan majoriti terendah 1,661 undi di antara semua 19 kerusi negeri yang dimenangi oleh DAP di Pulau Pinang pada tahun 2008. Walaupun DAP memenangi kerusi ini dengan majoriti terkecil, dia masih tidak berani untuk kembali bertanding di kerusi lamanya.


Saya mengharapkan pertandingan antara kami akan memberikan pilihan yang jelas kepada rakyat - sama ada untuk kembali kepada UMNO dan memilih kerajaan yang dikepalai oleh kroni BN atau memilih kerajaan yang mesra rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat dan terdiri daripada rakyat. Ini juga adalah tentang dua dasar pentadbiran, satu yang membenarkan rasuah; dan satu lagi yang percaya bahawa kerajaan yang bersih berdasarkan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan boleh mengatasi sebuah pentadbiran yang korup.


Saya salah kerana menyangkakan bahawa Teng seorang pemimpin yang berbeza daripada Koh Tsu Koon. Malah dia sebenarnya adalah lebih teruk daripada Koh kerana sekurang-kurangnya Koh berani untuk bertanding semula di kerusi DUN beliau. Oleh itu, saya tidak lagi akan melayan permainan politik Teng. Walaupun saya telah tertipu dengan helah politik Teng, sekurang-kurangnya keengganannya untuk bertanding di kawasan lamanya telah mendedahkan Teng sebenarnya bukan pemimpin yang memimpin dari depan tetapi dari belakang Umno.


Sebaliknya saya akan memberi tumpuan kepada mesej saya tentang masa depan jenis apa yang kita mahu untuk anak cucu Pulau Pinang. Pakatan Rakyat percaya dengan Pulau Pinang yang lebih bersih, hijau, selamat dan sihat. Biarlah rakyat Pulau Pinang memutuskan sama ada PR mempunyai dasar-dasar dan prinsip-prinsip serta mempunyai keberanian dan idealisme untuk menyediakan masa depan untuk anak-anak kita dan menyediakan anak muda kita untuk masa depan.


Share on Myspace