(Anwar bersama rakan-rakannya dalam sidang medianya hari ini)

 

 

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan beliau mungkin akan bertanding di Perak pada pilihanraya umum nanti.

Beliau yang ditanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini tentang hasrat beliau sama ada untuk terus mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh beliau sebelum ini di Permatang Pauh atau tidak.

Anwar memberitahu, sehingga sekarang beliau  berhasrat untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Namun, beliau turut memberitahu ada menerima pelawaan untuk beliau bertanding di Selangor dan juga di Perak.

"Buat masa ini saya tidak berhasrat untuk mempertahankan kerusi di Permatang Pauh, namun saya juga turut menerima jemputan agar bertanding di Selangor dan juga Perak.

"Tetapi di Selangor mungkin tidak, mungkin saya akan bertanding di Perak," jelas beliau dengan senyuman.

Anwar yang sebelum itu sempat membuat pengumuman lima calon dari PKR yang akan bertanding di Sarawak pada pilihanraya nanti.

Antara nama yang disebut adalah Pengerusi PKR negeri Sarawak, Baru Bian yang akan bertanding di Parlimen Limbang.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan terus kekal di kawasan itu.

"Nurul Izzah biarlah dia di Lembah Pantai buat apa kita kacau.

"Nama-nama calon yang saya sebut ini adalan kerusi yang milik PKR dan tidak bertindih, apa yang pasti kedudukan kerusi di Sarawak sudah pada peringkat terakhir," sambung beliau lagi.

Selain lima nama yang akan bertanding di Sarawak, turut diumumkan adalah kerusi Parlimen di Kulim Bandar Baru yang akan diisi oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Parlimen Padang Serai akan diwakili oleh N Surendran, Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan juga Fuziah Salleh yang akan mempertahankan kerusi di Parlimen Kuantan.

Turut hadir pada sidang media tersebut itu adalah Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian.

Share on Myspace