Permohonan maaf kepada Dato' Raja Kamarul Bahrin dan isteri

| .

 

Harakahdaily telah menyiarkan satu berita yang memuatkan satu poster yang mengandungi gambar Datin Noryn Aziz, isteri kepada Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang tidak memakai tudung lengkap.

 

Dukacita dimaklumkan itu adalah gambar lama Noryn Aziz yang belum memakai tudung lengkap yang tersilap dimasukkan oleh pihak penganjur program.


Harakahdaily menyiarkan poster itu berdasarkan permintaan oleh pihak penganjur untuk membuat promosi kepada program tersebut.

 

Harakahdaily dengan ini memohon maaf kepada mereka berdua atas kekhilafan tersebut.

Bersama ini adalah gambar Noryn Aziz terkini (sebelah kanan) yang dirakamkan bersama dengan isteri MB Kelantan, Datin Hajjah Tuan Sabariah.


Editor Harakahdaily



Share on Myspace