MB beri penghormatan terakhir anggota terkorban
| Harakahdaily, | 03 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam turut memberikan penghormatan terakhir kepada dua orang wira negara yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu, kelmarin.
Abdul Khalid memberikan penghormatan terakhir itu di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejurus jenazah kedua-dua anggota komando polis yang terkorban itu tiba di sini jam 12.30 tengah hari dengan pesawat Charlie 130.
Dalam kejadian kelmarin, dua anggota komando polis VAT-69 itu, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud, meninggal dunia dipercayai terkena tembakan mortar dalam kejadian tembak-menembak dengan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina.
Selain itu, 12 penceroboh juga terbunuh. Mereka sebahagian daripada 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.
Kumpulan penceroboh itu telah berkampung di kawasan Lahad Datu selama lebih dua minggu bagi menuntut hakmilik kepada negeri Sabah yang mereka dakwa kepunyaan Kesultanan Sulu.
Dalam operasi tersebut juga, seramai tiga lagi anggota polis tercedera iaitu Koperal Mohd Tarmizi Hashim, Koperal Mohd Qaiyum Afzal Zulkifli dan Koperal Azman Ampong.
Abdul Khalid memberikan penghormatan terakhir itu di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejurus jenazah kedua-dua anggota komando polis yang terkorban itu tiba di sini jam 12.30 tengah hari dengan pesawat Charlie 130.Dalam kejadian kelmarin, dua anggota komando polis VAT-69 itu, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud, meninggal dunia dipercayai terkena tembakan mortar dalam kejadian tembak-menembak dengan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina.
Selain itu, 12 penceroboh juga terbunuh. Mereka sebahagian daripada 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.
Kumpulan penceroboh itu telah berkampung di kawasan Lahad Datu selama lebih dua minggu bagi menuntut hakmilik kepada negeri Sabah yang mereka dakwa kepunyaan Kesultanan Sulu.
Dalam operasi tersebut juga, seramai tiga lagi anggota polis tercedera iaitu Koperal Mohd Tarmizi Hashim, Koperal Mohd Qaiyum Afzal Zulkifli dan Koperal Azman Ampong.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.


