Peristiwa Lahad Datu, adakah sandiwara politik?

| .

 

 

Laporan serangan berdarah terhadap penceroboh di lahad datu yang mengorbankan beberapa orang termasuk pasukan keselamatan Malaysia telah disebarkan di media-media masa dikala ini.

Malaysiakini melaporkan Polis telah mengesahkan dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di Lahad Datu hari ini.

Apa yang menghairankan dalam krisis yang berlaku ini apabila kenyataan Presiden Benigno Aquino menyatakan Filipina sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah.

Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah dan kerajaan Filipina dimaklumkan ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah.

Dari mana dana itu? Dari siapa? Begitulah antara kenyataan Presiden Benigno Aquino seperti dilapor viva.co.id. Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.

Tetapi persoalan yang berlegar-legar di kalangan rakyat Malaysia termasuk dari warga tentera sendiri ialah kenapa terlalu mudah penceroboh memasuki Malaysia padahal angkatan laut Malaysia mempunyai peralatan canggih.

Menurut Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.Kita ada bot laju, CB90 (combat boat)

"Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas," katanya.

Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

Kalau dianalisis dari pengalaman dulu ia seakan hampir sama keadaannya dengan peristiwa Al-Maunah di Sauk di kala hampirnya PRU.

Adakah ini semua untuk manfaat politik? Kalau dilihat kembali peristiwa Al-maunah yang kejadiannya tidak masuk akal apabila satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

Persoalan besar yang perlu dijawap kerajaan ialah bagaimana kumpulan bersenjata ini boleh mendarat di Pantai Tanjung Labian, mara jauh ke Kampung Tandou dan berkampung di sana.

Mereka menyusup berjalan kaki dengan skala yang sebesar ratusan askar malah menurut Philippine Daily Inquirer memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata, beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada.

Bagaimana ini tidak dapat dikesan? Atau ia sebenarnya sandiwara untuk simpati pilihanraya?

Oleh yang demikian adakah mungkin kerajaan UMNO menyembunyikan fakta sebenar yang tidak mahu rakyat mengetahuinya??

Al-fatihah dan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46. Semoga Roh mereka ditempatkan bersama orang yang dipilih oleh Allah swt untuk bersama dengan para syuhada.

Share on Myspace