Pulau Pinang lancar AES

| .

(KM sedang bertanya khabar kepada penerima sumbangan AES di dewan Haji Ahmad Badawi, Butterworth pagi tadi.)

 

BUTTERWORTH: Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini melancarkan program untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat yang berpendapatan kurang dari RM770 bagi mengeluarkan mereka dari paras kemiskinan.

Majlis pelancaran Agenda Ekonomi Saksama (AES) dilaksanakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Dewan Haji Ahmad Badawi, Butterworth pagi tadi di mana seramai 36 orang naik kepentas menerima wang tersebut sebagai simbolik.

Menurut Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan, bagi merealisasikan impian tersebut kerajaan negeri memperuntukan RM121,760.00 untuk bulan Januari, Februari dan Mac.

Selepas Mac nanti ianya akan dilakukan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat melalui bank.

"Hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membantu dan meningkatkan pendapatan rakyat tanpa mengira latar belakang politik dah jadi kenyataan.  Di mana rakyat yang miskin berpendatan kurang dari RM770.00 sebulan akan dibantu mencukupkan angka bagi melepasi paras kemiskinan," terangnya.

Beliau menyifatkan bukan sahaja program berkenaan dirancang demi kebaikan rakyat malahan banyak lagi bakal menemui rakyat asalkan mereka terus memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat selesai  pilihanraya umum akan datang.

Golongan berkenaan katanya, akan merasai hasil penjimatan kerajaan yang tidak pernah dilaksanakan.   Kepentingan awam atau rakyat diboloti oleh kroni dan keluarga mereka manakala rakyat yang benar-benar berharap berputih mata.

Program AES sambungnya, adalah program terbaru Kerajaan Pakatan Rakyat sebagai penghargaan kepada warga emas, Bantuan OKU, Anak Emas, Pelajar Emas Penghargaan Ibu Tunggal, Bantuan One Off-IPTA dan sumbangan pengurusn jenazah.

Hadir sama dalam program pagi tadi ialah Exco Kebajikan dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, Adun Bagan Dalam, Tanasekharan, Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Puan Hajjah Saodah Nawawi dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Zulkifli Ismail.

Share on Myspace