(7 agenda anak muda yang dilancarkan di Kota Samarahan)

 

KOTA SAMARAHAN: 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan telah dilancarkan semalam di peringkat negeri Sarawak di Pejabat PAS Kawasan Kota Samarahan.

Tawaran kepada anak muda peringkat nasional ini akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi kepercayaan sebagai kerajaan pada PRU13.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan menambah tawaran ini adalah selari dengan dasar Negara Berkebajikan di peringkat PAS Pusat.

Tujuh tawaran tersebut adalah pendapatan boleh guna, keupayaan sara hidup, keusahawanan belia, pendidikan berkebajikan, rumah mampu milik, capaian pengangkutan dan kesejahteraan hidup.

Turut hadir penyelaras Parlimen Kota Samarahan, Abang Ahmad Kardee dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Dalam majlis yang sama, PAS Kota Samarahan melancarkan Bilik Gerakan Pilihanraya yang akan digunakan pada PRU13 nanti.

Dengan pelancaran ini, PAS Sarawak telah membuktikan keupayaan dan kesediaan mereka menhadapi pilihanraya yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.

Share on Myspace