KUALA LUMPUR: PAS mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memanggil persidangan tergempar Parlimen dengan segera bagi membincangkan isu keselamatan di Lahad Datu.

(Kenderaan tentera masuk ke kawasan krisis melalui pekan Lahad Datu)

 

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, persidangan itu amat perlu diadakan segera kerana masalah keselamatan di Lahad Datu kini sangat meruncing.

“Ada laporan yang mengesahkan telah berlaku dua korban nyawa di Lahad Datu sekarang. Ini jelas menunjukkan keadaan di Lahad Datu sekarang amat merbahayakan keselamatan awam dan keselamatan negara,” katanya ketika menghubungi Harakah 1 Mac lalu.

Laporan penuh baca Harakah esok


Sementara itu, laporan bercanggah diterima antara Malaysia dan Filipina.

Pemimpin Filipina beranggapan isu ini selesai selepas pasukan keselamatan Malaysia memasuki kawasan kepungan itu.

Namun begitu, di pihak Malaysia pula, pihak tentera dan polis masih mengepung kawasan itu dengan kenderaan tentera dilihat memasuki kawasan itu dengan peralatan ketenteraan yang canggih.

Sehingga kini 14 terbunuh termasuk dua anggota komando polis dan ramai cedera akibat pertempuran ini.


(Laporan media terhadap kenyataan Hishamudin sebelum ini)

 

Ini bermakna, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein sebelum ini yang meminta orang ramai jangan mendengar khabar angin tentang peristiwa di Lahad Datu adalah pembohongan semata-mata.

 

Ini kerana, kalau bukan pengganas, kenapa sampai 14 orang boleh terbunuh dalam krsisis ini.

 

Kenyataan Hishamudin ini menyebabkan beliau dipermainkan oleh para pengguna media sosial.

"Memang boto tu.Setakat mortar apo la sangat.Kalau pengganas dio mesti bawak pisau...air mineral ngan bom petrol," tulis seorang facebooker dalam lamannya.

Kenyataan ini beserta dengan keratan akhbar kenyataan Hishamudin itu menjadi viral dalam facebook di mana sehingga kini 257 pengguna telah berkongsi penyataan ini dan 302 membuat komen dan 1,364 suka penyataan ini.

Share on Myspace