hanya laman web ini
Puluhan ribu membanjiri Padang Timur, Petaling Jaya bagi menyertai Himpunan Suara Rakyat 505. | | Tsunami tauke Cina sedang berlaku di Petronas, kata kaki tangan syarikat minyak nasional itu. | | PRU 13 saksikan muafakat Pakatan Rakyat yang terbaik, kata Anwar Ibrahim. | | Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail mendakwa gambar blackout adalah asli dan berlaku di Sek Keb Serdang di Saluran 3.

| Print |

Anwar Ibrahim jelajah Kelantan 26 Febuari ini

Harakahdaily, 22 Feb 2013

KETEREH: Ketika segenap pegawai dan kakitangan awam dikerah ke program politik Umno,  sebaliknya rakyat pula berbodong-bodong menghadiri  program Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara.

 

Biar pun penjawat awam dikerah namun pemimpin Umno masih mampu mendabik dada, program anjuran mereka dihadiri lautan manusia. Paling menjadi mangsa guru-guru Kelas Fardhu Ain, Jawi dan al Quran (Kafa) yang berjawatan kontrak.

 

Di Kelantan guru Kafa dan guru-guru antara yang sering menjadi mangsa kerahan tenaga pemimpin Umno yang bersembunyi di sebalik nama program kerajaan.

 

Sebaliknya bagi rakyat program HKR sentiasa ditunggu-tunggu. Dan pada 26 dan 27 Febuari ini sekali lagi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)  diadakan. Kali ini di kawasan parlimen Ketereh, Machang dan Bachok.

 

HKR di Ketereh bermula jam 4 petang dengan ekspreasi  anak muda bersama Leman Raja Lawak dan Bob Lokman. Anak-anak muda yang datang juga berpeluang membuat cabutan bertuah.

 

Selepas solat Maghrib berjemaah diadakan pula tazkirah disampaikan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. Diikuti pula solat Isyak dan solat hajat.

 

Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, ceramah sempena HKR parlimen Ketereh membariskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud dan Pengerusi  Amanah Rakyat Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh.

 

“Apa yang menarik cabutan bertuah bonaza yang menawarkan hadiah motosikal Kriss akan disempurnakan Datuk Seri Anwar pada program ceramah. Pemenang bertuah akan menerima hadiah tersebut,” katanya di sini.

 

Abdul Aziz yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan berkata, pada hari sama Ketua Pembangkang akan menghadiri program lain di Pasir Puteh pada jam 5 petang.

 

Selain itu kuliah Maghrib di Masjid Barakbah, Tanah Merah dan ceramah perdana di padang Majlis Daerah Machang.

 

Ceramah HKR di Machang turut menampilkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat dan Ketua Penerangan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

 

Manakala HKR di Bachok pada 27 Febuari pula akan mengetengahkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan wakil-wakil rakyat tempatan.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla