KUALA LUMPUR: Usahawan permaidani, Deepak Jaikishan memfailkn saman ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Mahkamah Jalan Duta, Petang ini.

Saman itu dikemukakan beliau melalui peguamnya, Sivarasa Rasiah melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Menurut Deepak, saman itu difailkan ekoran kenyataan Najib yang menyebut Deepak sebagai tiada kredibiliti. Tambah Deepak, dengan kenyataan tersebut, yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, ianya akan memberikan gambaran buruk serta menjejaskan reputasi beliau sebagai seorang usahawan.

"Kenyataan beliau pada 17 Jan lalu, yang dibuat pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi BN jelas merujuk kepada saya apabila beliau berkata 'it's not true. He is not a credible person' apabila ditanya wartawan berkenaan dakwaan saya terhadap beliau," tegas Deepak pada sidang media, di lobi mahkamah selepas memfailkan saman.

Tambah Deepak, dengan tindakan ini juga membolehkan peguamnya membuktikan apa yang didakwa Deepak itu adalah benar.

Sementara itu, Sivarasa berkata inilah platform yang sesuai untuk Najib menerangkan keadaan sebenar, sama ada mengakui penglibatannya atau menafikannya.

"Sudah lama dakwaan ini didedahkan, Najib tidak menjawabnya. Hanya berkata Deepak tiada kredibiliti.  Jadi inilah masa yang sesuai untuk Najib mengatakan kebenarannya," tegas beliau. 


Bagaimanapun beliau memberi tempoh sehingga esok untuk Najib menjawab dakwaan beliau selama ini.

 

 

 

Share on Myspace