S'gor anjur pertandingan video dan reka fesyen
| Harakahdaily, | 22 Feb 2013 |
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Ummah Centre akan menganjurkan pertandingan rekacipta video pendek serta pertandingan rekacipta fesyen dan pakaian wanita bertujuan untuk mencungkil bakat kreatif khususnya generasi muda masa kini.Bagi pertandingan rekacipta video, terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu “Selangorku Wajah Malaysia” dan “Muslim Style”.
Jumlah hadiah keseluruhan yang ditawarkan untuk kategori video adalah sebanyak RM36,500 manakala RM 30,000 bagi reka fesyen pakaian wanita.
"Saya mengharapkan agar program ini menjadi ruang untuk anak muda dan belia mengetengahkan bakat kreatif masing- masing disamping mempromosi pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebagai model sebuah
kerajaan yang baik di Malaysia," kata Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati di laman web www.ummahcentre.com
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

