hanya laman web ini
36 keluarga penduduk Kg Serai Wangi dan Desa Pengasih tunggu masa untuk rumah mereka dirobohkan. | | KDN rampas akhbar Harakah di empat negeri iaitu Kedah, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. | | Selepas Adam Adli, Tian Chua dan Haris Ibrahim pula ditangkap. | | Kes Sosilawati: 4 didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bunuh.

| Print |

AES: Selangor akan fail rayuan

Harakahdaily, 22 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor akan mengarahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dua lokasi di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan seolah-olah mengenepikan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan.

“Kerajaan negeri melihat perkara ini amat serius dan merangka beberapa tindakan susulan termasuk mengarahkan kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan Jabatan Undang-undang Majlis Perbandaran Sepang untuk menyemak nota kehakiman dan memfailkan rayuan.

“Kerajaan negeri kesal dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa PBT tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan,” katanya dipetik Selangorku.

Semalam, Hakim Datuk Zaleha Yusuf memutuskan Majlis Perbandaran Sepang tidak mempunyai kuasa ke atas Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Beliau turut membenarkan syarikat pengendali kamera AES, Beta Tegap Sdn Bhd memasang kamera tersebut di dua lebuh raya itu.

Beliau memberi alasan Plus dan SKVE berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan bukan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid akan mengarahkan Unit Perancangan Ekonomi Selangor merancang pembangunan lebuh raya bagi kemudahan rakyat.

“Kerajaan negeri mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Selangor untuk menyediakan senarai cadangan pembangunan Persekutuan sama ada lebuh raya atau Prasarana Transit Aliran Ringan (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor dan kerajaan negeri terjamin,” katanya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla