Isteri kedua heret Adun Paka ke mahkamah syariah
| Khairul Azlam Mohamad, | 04 Feb 2013 |
DUNGUN: Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin @ Zakaria Abdullah (kanan) terpaksa membawa kes tuntutan perceraian mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun.
Plaintif, Mastura Othman, 46, (kiri) merupakan isteri kedua Mohd Ariffin @ Zakaria, 60, membuat tuntutan fasakh talak.
Kata beliau, tuntutan fasakh terpaksa dibawa ke mahkamah setelah suaminya itu enggan melafazkan talak secara baik.
"Itu terpulang kepada dia (Zakaria), ini atas kerelaan saya sendiri," jelasnya kepada pihak media setelah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, hari ini.
Beliau mendakwa dirinya dan ahli keluarga merasa malu apabila gambar dan cerita tentang 'kisah cinta YB Ariffin' diterbitkan dalam sebuah majalah hiburan pada bulan Disember 2012 lalu.
Namun begitu, Mohd Ariffin @ Zakaria tidak hadir dan mahkamah menangguhkan keputusan kes tersebut pada 27 Februari ini.
Pada PRU12 lalu, Zakaria menewaskan calon PAS, Ustaz Satiful Bahri Mamat dengan majoriti 344 undi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.


