hanya laman web ini
Puluhan ribu membanjiri Padang Timur, Petaling Jaya bagi menyertai Himpunan Suara Rakyat 505. | | Tsunami tauke Cina sedang berlaku di Petronas, kata kaki tangan syarikat minyak nasional itu. | | PRU 13 saksikan muafakat Pakatan Rakyat yang terbaik, kata Anwar Ibrahim. | | Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail mendakwa gambar blackout adalah asli dan berlaku di Sek Keb Serdang di Saluran 3.

| Print |

Gagal hadir mesyuarat punca Nasharudin digugur

Harakahdaily, 28 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Pengguguran keanggotaan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS tidak ada kena mengena dengan tindakan beliau menyertai lawatan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Gaza, Palestin 22 Januari lalu.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, pengguguran itu sebaliknya dibuat 13 Januari lalu lagi selepas Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok itu tidak mampu mematuhi beberapa peraturan yang ditetapkan Majlis Syura terhadap ahli-ahlinya.

Pada 13 Januari lalu itu, Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri telah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

"Beliau tidak memberi komitmen yang baik kepada Syura termasuklah kerap tidak hadir ke mesyuarat.

"Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan lawatan ke Gaza tempoh hari kerana pengguguran keanggotaan beliau dibuat lebih awal dari itu," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas putar belit media arus perdana kononya Nasharudin digugurkan kerana mengiringi Najib ke Gaza Selasa lalu.

Mengulas lanjut Nik Zawawi berkata, Majlis Syura pernah membuat teguran terhadap komitmen Nasharudin beberapa kali ketika beliau masih hadir ke mesyuarat Majlis itu sebelum ini.

Bagaimanapun jelasnya, bekas timbalan presiden PAS itu dilihat tidak mampu untuk mematuhi arahan dan menerima teguran dari badan tertinggi PAS itu.

"Walau bagaimanapun beliau masih ahli PAS dan Majlis Syura mengharapkan sumbangan berterusan beliau untuk membantu PAS.

"Beliau masih boleh memberi sumbangan sama macam ahli PAS yang lain walaupun beliau tidak lagi menjadi ahli Majlis Syura PAS," katanya lagi.

Ditanya sama ada isu ini menjadi polemik kerana Nasharudin dilihat bersama Najib ke Gaza tempoh hari, Nik Zawawi berkata ianya hanya satu kebetulan.

"Selepas media melaporkan beliau (Nasharudin) turut bersama Najib ke Gaza, saya telah dihubungi oleh wartawan bertanyakan hal itu memandangkan beliau adalah ahli Majlis Syura.

"Bagaimanapun saya menjawab, penyertaan beliau bersama Najib itu tidak ada kena mengena dengan Majlis Syura PAS kerana keanggotaan beliau telah digugurkan 13 Januari lalu lagi," katanya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla