Rais pernah kata 'kalau dengar dari RTM, langsung tak berbunyi'

Harakahdaily | .

KUALA LUMPUR: “Tuan-tuan dengarlah, tapi kalau dengar daripada TV3, mungkin lain bunyinya. Kalau dengar dari RTM, jangan katakan lain bunyi, langsung tak berbunyi...”

 

Demikian sedutan ucapan Datuk Seri Dr Rais Yatim sewaktu menjadi Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 pada satu majlis satu ketika dahulu.

 

Kini beliau selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membuat kenyataan yang berbelit-belit berhubung ‘Amanat Haji Hadi’ apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta diberikan masa satu jam untuk menjelaskan ‘amanat’ itu secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

 

Di bawah adalah ulasan daripada blog Pejuang Rakyat berhubung perkara itu.

 

 

Rais Yatim cakap berbelit-belit. Sekejap macam tu. Sekejap macam ni. Dulu dia sendiri mencadangkan agar diadakan forum Amanat Hadi dengan menjemput lain-lain tokoh agama. Kemudian dua orang mufti menolak cadangan ini. Rais terkial-kial malu. Sekarang buat keputusan batalkan forum yang dia sendiri cadangkan. Nampaknya Amanat Hadi benar-benar menghuru-harakan UMNO sekarang ini. Mereka fikir dengan menimbulkan semula Amanat Hadi, mereka  akan mendapat keuntungan besar. Tapi kini serba tak kena. Rais sendiri mengakui Radio dan TV merupakan hak rakyat tapi dia sendiri tak menghayati kata-katanya sendiri. Rais makin gelabah nampaknya. Lain-lain pimpinan UMNO pun turut gelabah dengan isu Amanat Hadi ini. Padahal mereka yang bangkitkan semula setelah 30 tahun berlalu. Biasalah, bila kuasa dalam tangan, boleh buat apa saja., Korang bandingkan kenyataan Rais Yatim hari ini berbanding sewaktu Rais  menjadi pembangkang tahun 1990 dulu. Lihat video di bawah. Fikir-fikirkanlah...

 

http://www.youtube.com/watch?v=5GueIDtXVNg&feature=player_embedded

Share on Myspace