hanya laman web ini
Mahkamah Pilihan Raya lawan Mahkamah Rakyat...mana yang menjadi pilihan. | | Tiada Malaysia spring, janya pesta himpunan rakyat, kata penganjur. | | Exco Selangor: PAS akur keputusan Tuanku Sultan Selangor. | |

| Print |

‘Manfaat lepasan ISMP, tak perlu import dari India’

Harakahdaily, 26 Dis 2012

KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berminat mengambil guru-guru dari negara India untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan tanahair dilihat tidak wajar.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan sewajarnya memanfaatkan kepakaran tempatan termasuk mengambil graduan-graduan TESL (Mengajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) berbanding mengimport tenaga luar.

"Malah, tahun lepas, graduan TESL yang ditaja Kementerian PeIajaran sendiri mengadu tidak diberikan tawaran kerja walaupun selepas menunggu selama enam bulan," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Najib ketika lawatannya ke India minggu lepas bahawa Malaysia berminat hendak mengambil guru-guru dari negara tersebut untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan tanahair.

Sementara itu katanya, kerajaan juga wajar melihat statistik lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang menganggur.

Pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi mengesahkan bahawa 7000 graduan ISMP belum diberikan tawaran kerja.

Graduan ISMP daripada IPTS mendapati mereka tidak pun dipanggil ke temuduga meskipun mempunyai keputusan yang baik.  

"Justeru, mengimport guru-guru daripada India hanya akan mengeruhkan lagi keadaan daripada yang ada pada hari ini.

"Kerajaan mestilah menimbangkan mengambil lebih ramai graduan ISMP yang berkebolehan untuk menambah bilangan guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan, lantas menurunkan nisbah pelajar-guru," katanya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla