hanya laman web ini
Pengerusi SPR tidak perlu menunggu titah Yang Dipertuan Agong untuk meletakkan jawatan. | | Kelantan akan meneruskan projek Lebuhraya Rakyat yang telah dirancang sebelum ini. | | Sultan Kelantan meminta kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak dengan baik.

| Print |

Anak kembar Adun Paroi cemerlang dalam PMR

Faiz Abdullah, 21 Dis 2012

(ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan isteri beliau Cikgu Mahani [paling kiri] tersenyum melihat keputusan cemerlang peperiksaan PMR anak kembar mereka, Muhammad Syukri [kedua dari kiri] dan Muhammad Sobri [kanan].)

 

SEREMBAN: Sepasang anak kembar lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani turut mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Rabu lepas.

Kembar sulung, Muhammad Sobri Mohamad Taufek, 15; merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said, memperolehi keputusan 9A.

Manakala seorang lagi kembar Muhammad Syukri Mohamad Taufek, 15, merupakan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh Ulul Albab, memperolehi keputusan 8A 1B.

Mohd Taufek berkata dia dan isteri beliau Cikgu Mahani berbangga dengan pencapaian anak kembarnya itu yang dilihat sebagai sesuatu yang berharga untuk dikongsi bersama.

"Saya syukur kepada Allah di atas kejayaan ini dan mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu dan menyumbang dalam mencapai kejayaan ini iaitu guru-guru semasa di PASTI Al-Amal Taman Marida, SRIAS, Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Rembau dan semua guru di SMKA SHAMS dan MRSM Gemencheh.

"Saya dan isteri bersyukur di atas kejayaan ini.Saya juga ucapkan tahniah kepada anak-anak (pelajar) Negeri Sembilan yang berjaya dalam PMR dan bagi mereka yang kurang berjaya, terus berusaha untuk kejayaan di masa hadapan," kata Mohd Taufek.


PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla