'Selepas bercerai baru dituduh ketiak busuk'

| .

KUALA LUMPUR: Tidak ada apa-apa silap bila bersama tetapi apabila ditinggalkan, mulalah keluar pelbagai keburukan.

"Masa kahwin ok je tetapi bila bercerai macam-maca keburukan dikatakan kepada yang menceraikan dia.

"Ketiak busuklah, kuat tidurlah...macam-macam lagi."

Itulah yang berlaku kepada Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS baru-baru ini.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong (gambar..sedih kehilangan rakan) menyifatkan Rahman sebagai "Orang yang paling racist (perkauman)" pernah beliau temui.

Namun ia hanya dinyatakan selepas Rahman meninggalkan Umno, rakan MCA, dan menyertai PAS.

Ekoran penyataan Timbalan Menteri Pendidikan itu, pelbagai pihak yang membaca berita itu memberikan pelbagai komen mereka.

Seorang pembaca Malaysiakini yang menggunakan nama Ancora bertanya, "Kenapa sekarang awak baru bercakap, selepas kapal telah meninggalkan pelabuhan."

Justice Pao pula menulis, "Wee Ka Siong, bagaimana dengan Ibrahim Ali dan Perkasa yang secara terbuka disokong oleh Umno.

"Adakah MCA akan menyalak Umno?" soal beliau.

 

Share on Myspace