Pegawai kanan SPR ada jawatan dalam Umno?

| .

KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS negeri Sabah mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)  tampil memberikan penjelasan berhubung isu salah seorang kakitangan kanan mereka di SPR cawangan negeri Sabah dikatakan turut mempunyai jawatan yang penting di peringkat pemuda UMNO bahagian Kinabatangan.

Hal ini disampaikan kepada Dewan Pemuda PAS negeri Sabah oleh beberapa orang rakyat negeri ini yang prihatin apabila mereka mendapati bahawa beberapa kenyataan pegawai SPR tersebut di media sosial kelihatan jelas menampakkan beliau mempunyai kedudukan dan kepentingan dalam Umno.

Justeru pemuda PAS Sabah menuntut agar respon yang segera daripada SPR.

Demikian kata Lahirul Latigu (gambar), Ketua Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini.

Pemuda PAS Sabah menginggatkan bahawa ia akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kredebiliti SPR selaku organisasi yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan demokrasi di negara ini.

"Sekiranya SPR tetap memilih untuk terus membisu dalam isu ini pihak Dewan Pemuda PAS tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan butiran yang lebih lanjut berkaitan individu ini," kata Lahirul.

Dewan Pemuda PAS, katanya, akan memastikan hal ini mendapat jawapan yang jelas dari pihak SPR kerana mereka tetap dengan komitmen untuk bersama dengan inspirasi rakyat Sabah untuk melihat proses pilihanraya dinegeri ini berjalan secara adil dan bersih.

 

Share on Myspace