hanya laman web ini
36 keluarga penduduk Kg Serai Wangi dan Desa Pengasih tunggu masa untuk rumah mereka dirobohkan. | | KDN rampas akhbar Harakah di empat negeri iaitu Kedah, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. | | Selepas Adam Adli, Tian Chua dan Haris Ibrahim pula ditangkap. | | Kes Sosilawati: 4 didapati bersalah dan dijatuhi hukuman bunuh.

| Print |

Parlimen bahas usul filem hina Nabi petang ini

Hazayani Zakaria, 25 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini bersetuju membahaskan usul untuk membincangkan isu filem kontroversi, “Innocence of Muslims” yang menghina Nabi Muhammad SAW.

 

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 itu dikemukakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub semalam.


Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ronald Kiandee berkata, usul tersebut merupakan perkara tertentu, mempunyai kepentingan awam dan perlu disegerakan.


Ianya akan mula dibahaskan jam 4.30 petang ini.


"Dewan akan menangguhkan sidang mesyuarat ja 4.30 petang ini bagi memberi laluan kepada ahli yang berhromat membahaskan usul ini," katanya.


Salahudin yang juga Naib Presiden PAS dalam usulnya berkata, sudah lebih dua minggu isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW melalui filem itu membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, yang bukan sahaja dibantah oleh orang Islam tetapi ianya turut dibantah oleh orang bukan Islam.


Menurutnya, filem tersebut telah menyinggung perasaan dan sensitiviti agama Islam kerana menyentuh batang tubuh Nabi Muhammad SAW.
Jumaat lalu, lebih 5,000 umat islam mengadakan himpunan di hadapan bangunan Kedutaan Amerika di ibu negara bagi menyatakan bantahan terhadap filem itu.


Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia itu antara lain mendesak Amerika memohon maaf atas kebiadaban penerbit filem warganya itu dan menghentikan filem tersebut sekaligus mengambil tindakan tegas terhadap penerbitnya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

Share on Myspace
template joomla