KUALA LUMPUR: Seluruh ahli Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) digesa turun untuk bersama Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, hari ini.

 

“Kehadiran ahli-ahli DUPP adalah manifestasi perjuangan membantah penghinaan terhadap Rasulullah SAW,” kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Mohd Khairuddin A. Razali.



Jelasnya, apabila kemenangan Islam dalam perang Badar diperlekeh dan Nabi SAW serta para sahabat Nabi dihina oleh seorang Yahudi bernama Ka'ab bin Asyraf, Nabi SAW telah memberi isyarat kepada para sahabat untuk bertindak terhadap Ka'ab yang akhirnya membawa kepada pembunuhannya di perkampungannya sendiri.


Maka, katanya begitulah umat Islam perlu bangkit bertindak menurut kemampuan yang ada bagi menggambarkan usaha dan tindakan bersama umat Islam dalam sebarang percubaan penghinaan terhadap Nabi SAW.


“Malah, seluruh rakyat Malaysia yang bukan Islam pun diseru untuk bersama hadir di program tersebut bagi menggambarkan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menolak sebarang tindakan penghinaan terhadap agama yang boleh memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan ketidaktenteraman kepada negara,” ujarnya kepada Harakahdaily.



Share on Myspace